berita

Resident Evil Retribution, Tonton Dalam 3D Atau Tidak?

September 25th, 2012 | by M
Filem Antarabangsa

Rasanya sekuel Resident Evil yang terbaru iaitu Resident Evil Retribution telah seminggu di wayang tetapi saya baru berkesempatan menontonnya Ahad semalam. Mulanya kami (saya dan kawan) hanya bercadang untuk menonton sekuel ini dalam 2D tetapi Big Cinema di Taiping memang pandai menangguk di air keruh. Buat masa ini mereka hanya paparkan siaran ini hanya untuk 3D sahaja. Lesap RM18 begitu sahaja..

Jadi adakah pembaziran wang saya berbaloi? Ikuti review saya dan anda tentukan sendiri.

Efek 3D

Bagi penggemar wayang 3D, terdapat dua jenis 3D iaitu ‘post conversion 3D’ dan ‘real 3D’. ‘Real 3D’ bermakna filem tersebut dirakam sepenuhnya menggunakan peralatan kamera 3D. Hasil 3D jenis ini memang paling bagus dan memang memuaskan hati.

‘Post conversion 3D’ pula adalah teknik menukarkan filem biasa ke bentuk 3D setelah filem tersebut siap. Jadi kualiti 3D nya tidak begitu menarik. Tidak cukup 3D… Sepatutnya panggil 2.8D sahaja. Beberapa bulan dahulu filem Star Wars The Phantom Menace telah ditayangkan dalam bentuk 3D sedangkan ceritanya yang asal dalam 2D. Jadi ini ialah satu contoh filem yang menggunakan teknik ‘post conversion’ untuk mendapatkan hasil 3D.

Saya berasa lega kerana filem 3D yang digunakan oleh filem Resident Evil ialah ‘real 3D’. Memang puas layan 3D filem ni. Banyak adegan lontar melontar dalam filem ni. Jadi memang berbaloi sangat tengok dalam 3D.

Jalan cerita

Seperti sekuel-sekuel yang lain, jalan cerita Resident Evil memang ringkas tapi padat dengan aksi. Kira dari awal hingga habis anda akan disajikan dengan sesi pertarungan manusia dengan zombie. Cuma dalam sekuel ini terdapat sedikit twist yang saya tak boleh beritahu. Nanti tak syok lah anda nak tonton kan?

Walaupun jalan cerita biasa-biasa je, tapi nasib baiklah ada Ada Wong yang kiut dan cool. Berbeza dengan Jill Valentine dan Claire, wajah Ada Won adalah juga mirip kepada karekter asal video game Resident Evil. Memang ‘hot’ minah ni. Lawan pun ada ‘style’.

Dalam file ini, si Ada Wong ni ditugaskan untuk menyelamatkan Alice (Milla Jovovich) dari tahanan Umbrella. Tapi siapa yang mengupah si Ada ni? Okay, yang ni anda kena tengok sendiri untuk tahu jawapannya. Dan jawapannya mungkin di luar jangkaan anda.

Kesimpulan

Kesimpulan saya mudah saja. Jika anda rasa nak tengok aksi-aksi lawan dan tembak-menembak yang WOW, tak rugi tengok filem ni. Cuma tak perlulah bawa budak-budak. Rasanya memang tak boleh bawa pun sebab cerita ni atas 13. Tapi kalau saya yang jaga bahagian penapisan filem Malaysia, saya bagi rate atas 18 terus.

Kalau yang tinggal area Taiping tu, periksa dulu dompet anda. Pastikan cukup RM18 sebelum menegur sapa penjaga tiket Big Cinema ya. Kalau tak buat malu diri sendiri ja. Dan untuk warga Taiping, jangan lupa join fanpage Taiping Zone untuk menerima berita dan informasi terkini berkenaan Taiping terus ke wall Facebook anda.

Nota : Artikel ini adalah guest post yang ditulis oleh seorang blogger yang ingin dirahsiakan namanya. Terima Kasih!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×