berita

Resipi Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur Lidah. Sedap!

April 3rd, 2020 | by Amat
MyResipi

Budu menjadi pilihan kegemaran ramai dalam menikmati juadah berasaskan ulam-ulaman. Budu juga terkenal dalam kalangan orang Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Kalau tak ada budu, tak lengkap sesuatu juadah yang dinikmati itu.

Tapi, pernah tak anda nikmati budu goreng? Perkongsian resipi budu goreng dari Najla Amalina ini juga kelihatan menyelerakan. Dapat pula makan dengan ikan goreng dan ulam pegaga memang perghh! Jom cuba.

Bahan yang perlu disediakan

Bagi menyempurnakan resipi budu goreng ini anda perlu sediakan bawang besar, cili, budu, santan, kiub pati ikan bilis dan sedikit minyak masak untuk menumis.

Cara-caranya seperti ini

Langkah pertama adalah anda perlu menumbuk bawang besar bersama cili terlebih dahulu. Kalau malas nak tumbuk, boleh saja pakai chopper.

Tumis bahan kisar tadi

Kemudian, masukkan bahan yang telah anda tumbuk atau kisar tadi ke dalam kuali bersama minyak. Tumis sehingga naik bau. Bahan tumis ini jangan goreng sampai garing sangat.

Masukkan budu

Langkah seterusnya, masukkan budu ke dalam bahan yang telah anda tumis tadi. Disarankan untuk pakai setengah daripada botol budu itu sahaja.

Goreng sampai pecah minyak

Bahan ini perlu dimasak dengan api yang perlahan sahaja dalam masa lebih kurang 10 minit. Kalau dah naik minyak tu, dah kira cun.

Masukkan santan

Kemudian, masukkan santan ke dalam bahan tumis tadi. Santan yang dipakai adalah setengah sahaja daripada kotak kecil yang ditunjukkan di dalam gambar tadi.

Kiub pati ikut citarasa anda

Masukkan setengah kiub pati ikan bilis tadi. Tapi jika anda tidak mahu letakkan kiub pati pun tak apa. Sebabnya rasa budu sudah masih dan cukup rasa. Terpulang kepada citarasa anda sendiri.

Buang lebihan minyak

Bahan-bahan di dalam kuali tadi perlu dimasak lagi 5 hingga 10 minit sehingga pecah minyak buat kali kedua. Kali ini minyak akan kelihatan banyak lagi disebabkan oleh santan tadi. Kemudian, ceduk buang lebihan minyak tadi.

Dah siap!

Sudah siap! Sambal goreng ini anda boleh nikmati bersama nasi putih, ikan goreng dan juga ulam-ulaman. Sedapnya, terasa kecur lidah. Selamat mencuba!

Sumber: Najla Amalina

SKIP THIS AD ×