berita

Resipi Kek Coklat Moist Yang Mudah & Menggiurkan. Peminat Coklat Kena Cuba!

May 1st, 2020 | by Amat
MyResipi

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bulan Ramadan ini, mungkin anda sudah kehabisan idea untuk menyediakan hidangan buat keluarga. Boleh dikatakan, semua jenis kuih dan manisan telah anda buat sendiri.

Kali ini kami nak kongsikan resipi kek coklat moist yang ringkas dari Imah Hamilah. Sangat senang dan kek coklat pun lembut. Sesuai buat anda yang ‘hantu coklat’.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bagi menyediakan kek coklat moist ini anda perlu sediakan tiga jenis bahan. Antara bahan A adalah 1 cawan minyak masak, 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair, 1 cawan gula kastor dan 1 cawan serbuk koko. 

Bahan B yang diperlukan seperti 4 biji telur saiz A dan 1 sudu kecil esen vanila. Manakala bahan C adalah 1 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bicarbonat dan 1 sudu kecil baking powder. Anda juga boleh tambahkan coklat emulco.

Cara membuatnya

Masak bahan A sebentar sahaja dengan menggunakan api kecil kerana serbuk koko mudah hangus. Hanya sekadar suam. Asalkan jangan smpai mendidih. Kemudian, tutup api dan masukkan bahan B telur yang dah dikacau bersama esen vanila. Masukkan 2 sudu kecil coklat emulco untuk tambah warna kelihatan lebih gelap.

Gaul sebati

Bahan-bahan tadi digaul dengan sebati. Langkah seterusnya adalah masukkan bahan C tepung gandum, baking powder dan soda bicarbonat yang dah diayak.

Gaul sehingga tiada ketulan

Gaul bahan tersebut sebati supaya ianya tidak berketul-ketul. Kemudian, masukkan bahan tersebut ke dalam bekas acuan. Kalau nak guna bekas plastik pun tidak menjadi masalah.

Kukus 1 jam

Kukus kek tadi selama kira-kira 1 jam dengan api besar. Tutup bahagian atas untuk elak air dari masuk ke dalam pengukus. Selepas 1 jam, anda akan nampak kek naik tinggi. Bila dah mengembang sebegini, anda boleh keluarkan dan jadikan hidangan minum petang bersama keluarga.

Sumber: Imah Halimah

SKIP THIS AD ×