berita

Resipi Muffin Larva Coklat Cadbury Tak Perlu Mixer Pun!

May 29th, 2020 | by Amat Larbsib
MyResipi

Mesti telah banyak resipi dan juadah yang telah anda buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kan? Kadang-kadang sampai sudah habis idea nak masak apa pula. Apa kata kali ini anda buat Muffin Larva Coklat pula! Resepi ini dikongsi Zahiri Mansor. Nak buat pun senang, tak perlu pakai mixer!

Bahan yang diperlukan

2 1/2 cawan tepung gandum, 1 1/2 cawan gula perang, 1 cawan serbuk koko, 1 1/2 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil baking soda, 250 gram butter yang dicairkan, 2 cawan susu full cream, 2 biji telur, 1 sudu kecil esen vanilla dan coklat chip.

Mudah je nak buat

Pertama sekali anda kena pukul telur dengan gula dulu. Kemudian masukkan esen vanila dan butter yang sudah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati semuanya.

Kacau sehingga sebati

Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder ke dalam acuan tadi. Kacau bahan-bahan sekali lagi. Kemudian, masukkan susu full cream dan teruskan kacau bahan tersebut.

Boleh letak Cadburry

Akhir sekali, bahan-bahan yang sudah digaul sebati itu masukkan ke dalam cup kertas. Cadburry itu tambahan saja. Tak letak pun boleh. Untuk topping tabur choc chips, barulah ngam!

Hasilnya…

Inilah hasilnya… rasa coklat Cadburry akan meleleh di dalam mulut anda. Memang sedap! Cuba resipi ini dan nikmati bersama keluarga tersayang.

Sumber: Zahiri Mansor