berita

Respon KJ Selepas Tokpa & Anifah Aman Umum Keluar Parti

September 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengumumkan hasratnya untuk keluar dari parti politik UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat. Tambahnya, perjuangan parti itu sudah tidak selari dengan perjuangannya lagi.

Artikel berkaitan: Perlian Disangka Cuba Bodek Kerajaan, Lihat Reply KJ Kepada Lelaki Ini. Savage Abah!

Dalam tempoh kurang 24 jam, hari ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Anifah Aman pula membuat keputusan untuk keluar dari parti itu. YB Khairy Jamaluddin (KJ) memberi respon terhadap pengunduran kedua ahli politik itu.

This is on you

Status ini dimuat naik bekas Menteri Belia dan Sukan di laman Twitter miliknya selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa membuat keputusan keluar dari UMNO. Tweet ini telah mendapat perhatian ramai sehingga mendapat 1.7K retweet. KJ juga mendakwa keputusan Datuk Seri Mustapa itu mempunyai kaitan dengan pentadbiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sand. Bury. Head

Selain itu, KJ turut memuat naik status “Sand. Bury. Head”  pada sebuah tajuk artikel dari BERNAMA mengenai pengunduran Datuk Seri Anifah Aman dari parti politik UMNO, hari ini.

Saya telah bersuara mengenai hubungan antara parti saya dengan PAS dan menerima padah apabila diserang dari dalam parti selama ini. Sekarang kita kehilangan pemimpin dari dalam parti ini. Seorang yang bijak dan baik.

Bagaimanapun, netizen masih mempersoalkan sama ada KJ akan terus setia dengan parti itu atau turut membuat keputusan meninggalkan UMNO.

Terjun sebelum jadi Titanic

Dah memang dijangka

Sumber: KJ

SKIP THIS AD ×