berita

Respon Netizen Mengenai Akademi Fantasia 10 #AF10

May 24th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Akademi Fantasia

Bagi memenuhi tuntutan para penonton setia Astro, pihak stesen televisyen tersebut bakal melancarkan semula perintis program realiti hiburan tanah air terkenal, iaitu Akademi Fantasia 10 atau lebih mesra dikenali sebagai Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Untuk musim kali ini, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) akan kembali dengan nafas baru, di mana ianya bakal menampilkan konsep-konsep yang  lebih segar serta logo yang lebih menarik.

LOGO AF 2013

Logo baru Akademi Fantasia 2013

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, pihaknya telah melihat program realiti Akademi Fantasia (AF) sebagai sebuah laluan yang bagus untuk melahirkan perintis baru dalam dunia hiburan tempatan dan buktinya dilihat daripada kejayaan beberapa pelajar AF sebelum ini seperti Hafiz, Stacy, Adira, Hazama serta Aizat.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.

Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.

untitled-17

Adira & Stacy antara pelajar AF yang berjaya

Dalam pada itu, menerusi respon para pengguna laman mikto Twitter, ramai antara mereka tidak berapa bersetuju Akademi Fantasia ditampilkan semula, sehingga ada yang menganggap ini adalah salah satu strategi lama pihak stesen televisyen tersebut dalam meraih rating yang tinggi dikalangan penonton.

respon AF10

untitled-25

Hafiz antara pelajar AF yang memiliki vokal mantap & terbaik!

Bagaimanapun, dengan adanya pengumuman semula ujibakat Akademi Fantasia 2013 yang akan bermula pada awal bulan hadapan, ramai yang telah menyatakan hasrat mereka untuk mencuba nasib melalui ujibakat tersebut.

Program ini nampaknya turut menarik perhatian salah seorang pelakon dan penyanyi terkenal, Fida Ibrahim.

Fida Ibrahim

Berikut antara respon mereka yang berminat untuk menyertai ujibakat Akademi Fantasia 2013 :

AF 2013

untitled-31

Zahid, juara Akademi Fantasia musim ke-2

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013, anda boleh lihat jadual seperti di bawah :

  1. Johor Bharu  (Hotel The Zon, Johor Bharu)   – 1 & 2 Jun 2013
  2. Pulau Pinang (Hotel Vistana, Pulau Pinang)  – 8 & 9 Jun 2013
  3. Sarawak  (Hotel Merdeka Palace, Kuching)   – 15 & 16 Jun 2013
  4. Sabah  (Hotel Promenade, Kota Kinabalu)   – 22 & 23 Jun 2013
  5. Selangor (Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam) – 29 & 30 Jun 2013

Di sini kami tampilkan beberapa foto pelajar-pelajar Akademi Fantasia yang dilihat turut hadir bagi memeriahkan lagi sidang media pengumuman ujibakat Akademi Fantasia 2013 yang diadakan pada petang semalam.

SKIP THIS AD ×