Siapa je yang tak suka makan, kan? Tambah-tambah bila ada tempat makan yang betul-betul ‘kena’ pada tekak serta berjaya menambat hati rakyat Malaysia.
Baru-baru ni, GrabFood Malaysia telah meraikan GrabFood 5-Star Awards 2024, satu anugerah yang menghargai restoran-restoran yang mendapat rating tinggi daripada pelanggan setia.
148 restoran terbaik berjaya tersenarai sebagai finalis!
Untuk tahun ini, sebanyak 148 restoran terbaik telah berjaya masuk ke senarai finalis dan orang ramai diberi peluang untuk mengundi tempat makan kegemaran mereka.
Meraih hampir 20,000 undian diterima dari seluruh Malaysia, nampaknya memang rakyat kita cukup bersemangat nak sokong restoran kesayangan masing-masing!
Untuk pengetahuan, GrabFood telah menerima hampir 40 juta penilaian daripada pengguna.
Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh platform ini dalam membentuk citarasa rakyat Malaysia. Padu betul!
Restoran manakah yang muncul juara pada tahun ini?
Pemenang tahun ini memang menggambarkan kepelbagaian masakan Malaysia. Beberapa kategori utama yang diumumkan termasuk:
- ‘Best of the Best’ – Grill Fish
- ‘Rising Stars’ – Nasi Ayam Gepuk Original Korn Kitchen
- ‘Crowd’s Favourite Healthy Asian Food’ – Nengbakso
- ‘Crowd’s Favourite Healthy Food’ – Agrain
Menariknya, tahun ini GrabFood juga memperkenalkan kategori baru seperti ‘Trending Dine-Out Restaurant’ sebagai usaha menyokong restoran bukan saja secara online malah juga di premis fizikal.
Baguslah Grab, makin banyak inisiatif untuk bantu peniaga tempatan!
Apa kata pemenang?
Noerisda dan Bazirah, dua beradik yang mengasaskan Nengbakso, rasa bangga dan terharu bila restoran mereka berjaya menang anugerah buat pertama kali.
“Kemenangan ni memang sangat bermakna bagi kami. Dengan penilaian dan maklum balas pelanggan, lebih ramai orang kenal tentang restoran dan hidangan istimewa kami. Tambah pula dengan alat pemasaran dari Grab, kami dapat tarik lebih ramai pelanggan,” kata mereka.
CEO dan pengasas bersama Agrain, Kee Wei Chuah, turut berkongsi betapa pentingnya keterlihatan dalam platform seperti Grab.
“Memenangi anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, tapi juga satu peluang untuk kukuhkan jenama kami. Lagi banyak keterlihatan, lagi besar peluang untuk berkembang,” jelasnya.
Gabungan Grab dan Tourism Malaysia: Pemangkin utuk pelancongan makanan!
Anugerah tahun ini juga menyaksikan satu kerjasama strategik antara Grab Malaysia dan Tourism Malaysia untuk mengangkat sektor pelancongan makanan tempatan ke tahap lebih tinggi.
Dengan 65% pelancong asing di Malaysia menggunakan Grab, ini membuka peluang besar untuk restoran tempatan dikenali lebih luas.
Menurut Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, kerjasama ini bukan sahaja mengangkat kepelbagaian masakan Malaysia, tetapi juga membuka peluang kepada lebih ramai peniaga makanan tempatan untuk berkembang.
“Inisiatif seperti GrabFood 5-Star Awards bukan sahaja mempamerkan keunikan makanan kita, tetapi juga membantu pengusaha makanan tempatan untuk terus maju,” katanya.
Jadi, kalau korang tengah cari tempat makan best, bolehlah check out restoran yang menang tahun ni! Mungkin ada tempat baru yang boleh jadi port lepak terbaru korang. Apa pun, tahniah buat semua pemenang!
Ketahui lebih lanjut mengenai GrabFood 5-Star Awards dengan klik di SINI.