berita

‘Restu Ibu Bapa Itu Penting, Untuk Doa Yang Berterusan’ – Isteri Yusof Haslam

December 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kembali hangat selepas aktres itu memberi bayangan suaminya sudah berkahwin secara senyap dengan orang ketiga yang didakwa menjadi penyondol iaitu Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!’ – Isteri Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Dedah Mesej Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Kahwin?

Restu ibu bapa

Susulan itu, ibu kepada pengarah filem iaitu Datin Fatimah Ismail dilihat memuat naik satu hantaran di Instagram Stories.

Menerusi perkongsian itu, Fatimah memuat naik foto majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah yang diadakan pada 8 Mac 2014.

Isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam turut menekankan kepentingan restu ibu bapa terhadap anak. Selain itu, Fatimah dilihat memilih lagu dari penyanyi Opick yang berjudul Cahaya Hati sebagai muzik latar.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin mesej yang diterima daripada pengikutnya di Instagram (IG).

Dakwa indvidu yang dikenali dengan @juliairis78, Syamsul dan Ira sudah berkahwin.

Akak, kawan saya bagitahu Ira Kazar dah kahwin dengan Syamsul.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @dpatimah012

SKIP THIS AD ×