Dunia menyaksikan kemunculan semula pakaian zaman retro yang diolah dengan menerapkan unsur kemodenan. Peningkatan semula fesyen hebat diperagakan tatkala melihat kebanyakkan pemakai menggayakan seluar kembang bawah ’bootcut’ dan berbaju polos daripada kain shiffon. Tidak kurang juga sesetengah individu yang dilihat menyerlahkan fesyen retro dengan seluar pendek. Blaus polos bercorak menarik mampu menambahkan lagi sifat kelembutan dan keanggunan dalam diri seseoarang. Blaus polos yang mengikut bentuk badan ini juga menyerlahkan personaliti peragaan yang dramatik. Penggayaan ini dilengkapi dengan kasut tinggi besertakan beg dan aksesori yang menarik. Ayuh suai padankan penggayaan untuk kelihatan lebih menarik.
Tampil dengan baju bercorak tanpa lengan dengan potongan kembang untuk kembali merasai zaman retro dahulu kala. Dipadankan dengan seluar denim kembang bawah berwarna biru gelap ala-ala klasik menyerlahkan lagi personaliti si pemakai tatkala berada di luar.
Kombinasi sepatu tinggi daripada rona senada baju menjelaskan keharmonian kepada si cantik tatkala bergaya. Selain tampil ringkas, gabungan aksesori mampu menaikkan imej yang menarik kepada si pemakai.
Bagi anda yang bijak bergaya, padankan gaya anda dengan sebuah beg bimbit untuk tampak lebih sempurna.
Blaus pendek putih melambangkan kebersihan yang menambahkan lagi sifat kesucian kepada si pemakai. Blaus polos yang mengikut bentuk badan ini berpotongan kembang mampu menyerlahkan personaliti yang dramatik.
Hasil ilham daripada zaman klasik dahulu kala, ianya diterapkan dengan unsur kemodenan bagi si jelita yang gemar bergaya. si jelita juga boleh mengabungkan gaya tersebut dengan aksesori menarik untuk kelihatan sarat dengan perincian memukau.
Beg bimbit daripada rona merah menyala sedikit sebanyak menaikkan seri imej si jelita.
Melangkah penuh selesa tanpa sebarang halangan bagi mereka yang gemar berseluar pendek. Hasil gabungan kemeja polos bercorak kosong dipadankan dengan seluar pendek berbunga menyerlahkan aura si pencinta fesyen.
Sesuai dengan musim panas, si cantik pasti mampu melangkah dengan penuh anggun. Selain itu, penggayaan ini dipadankan dengan beg tangan dan sepatu tinggi untuk membangkitkan semangat keyakinan diri tatkala bergaya.
Diselitkan sedikit retro dalam gaya menyerlahkan keanggunan si jelita.