berita

REV Media Group Terus Kukuh Dalam Industri Digital, Rangkul 6 Anugerah Di MDA Awards 2023

June 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Muncul sebagai pemenang dalam beberapa kategori baharu di MDA d Awards 2023 pada Jumaat lalu, REV Media Group (REV) sebagai sebuah syarikat terkemuka negara mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju industri.

Artikel Berkaitan: REV Media Group Terus Dominasi Inovasi Teknologi & Pemasaran Digital, Bersinar Dalam Kategori Baharu

Peroleh 6 anugerah

Salah satu pencapaian terbaik ialah pengiktirafan REV sebagai Best Digital Tech Product (Emas) untuk MyUndi, produk teknologi digital inovatif yang merevolusikan penyertaan warganegara dalam proses demokrasi.

Membawa ‘Holistic Digital Experience for GE15’ sebagai tajuk, pengalaman pengguna MyUndi yang lancar memberi peluang kepada individu untuk terlibat seperti sebelumnya, seterusnya menjadikan REV sebagai peneraju utama dalam memanfaatkan teknologi untuk pemerkasaan warganegara.

Kolaborasi antara REV bersama SAYS dan Wiki Impact berjaya membawa kemenangan dalam kategori Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign (Emas).

Kempen bersama, yang berjudul ‘Shining a Spotlight on Everyday Malaysians’, dengan menggunakan pemasaran digital dengan berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan positif, membuktikan komitmen REV dalam memberi impak yang bermakna melangkaui platform digital mereka.

Menerusi kemenangan tersebut, ia membuktikan kecemerlangan REV dan memberi peluang untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri dengan memperkuat usaha dalam inisiatif ESG.

Sementara itu, bagi anugerah Perak pula REV Media Group meraih kemenangan dalam kategori Best Digital Publisher of the Year. Tumpuan mereka yang tidak berbelah bahagi pada inovasi dan pengalaman yang berpusat pada pengguna telah meletakkan REV sebagai pelopor dalam landskap media digital.

Dengan menggunakan cerapan dan analitik berpandukan data, REV memadankan peminat makanan dengan restoran bertaraf tinggi di GrabFood. Menerusi Kempen Grabfood 5-Star, REV berjaya membawa anugerah Perak bagi Best Use of Data. 

Bagi kemenangan Perak untuk Best Use of Mobile menunjukkan kerjasama antara REV dan IKEA menerusi Festival Tidur yang menawan adalah satu inisiatif berpaksikan mudah alih, mengubah persepsi orang ramai terhadap tidur dan menekankan kepentingannya. REV melibatkan audiens dan meningkatkan kesedaran, mengukuhkan reputasi mereka sebagai inovator dalam pemasaran mudah alih.

Anugerah terakhir berjaya dirangkul oleh Ledwina In Jia Fang, Ketua Spark di REV Media Group yang membawa pulang anugerah Perak untuk Digital Person of the Year.

Tetap teguh teraju industri

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif di REV Media Group, Samuel Wee mengulas tentang evolusi dan komitmen berterusan  terhadap inovasi dalam industri digital.

Kemenangan dalam kategori baharu ini mempamerkan keazaman kami untuk memberi impak positif melalui teknologi dan pemasaran.

Kami tetap teguh dalam usaha kami untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri dan meningkatkan inisiatif ESG kami.

Pencapaian luar biasa REV Media Group mencerminkan ketahanan, kepintaran, dan usaha  yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kecemerlangan. REV bersedia untuk memberi impak yang berkekalan dalam landskap media digital, mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri.

Berikut adalah kemenangan REV Media Group di MDA d Awards 2023:

Emas – Best Digital Tech Product – MyUndi (Holistic Digital Experience for GE15)

Emas – Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign, (Shining a Spotlight on Everyday Malaysians

Perak – Best Digital Publisher of the Year (How REV is Championing the Evolution of Data & Content) *(Tiada pemenang Emas untuk kategori ini)

Perak – Best Use of Data (Grabfood 5-Star: Matchmaking Foodies to 5-Star Rated Restaurants on GrabFood

Perak – Best Use of Mobile (How We Sparked A Sleep Revolution with IKEA’s Sleep Festival)

Perak – Digital Person of the Year (Ledwina In Jia Fang)

SKIP THIS AD ×