berita

Reverse Lori Langgar Orang Awam, Pemandu Cuba Larikan Diri Lunyai Kena Bantai

March 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Banting, seorang pemandu lori didakwa cuba melarikan diri selepas terbabit dalam sebuah kemalangan. Menerusi beberapa perkongsian video di laman Facebook Info Bencana Pahang dan luar Pahang, memaparkan sebuah lori yang dipandunya mengundur ke belakang dan melanggar kenderaan di situ.

Pandu secara mengundur

Berdasarkan maklumat awal dikongsikan, sebuah lori yang dipandu secara mengundur itu telah merempuh sebuah kereta di Kampung Bukit Changgang, Banting. Pemandu tersebut dipercayai cuba untuk melarikan diri selepas insiden tersebut. Malangnya, dia berjaya ditangkap oleh orang kampung di sana dan diserahkan kepada pihak polis.

Ada kesan langgar

Sementara itu, menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter iaitu Syhmell, difahamkan pemandu lori tersebut didakwa telah melanggar individu di kawasan gelanggang futsal berdekatan sebelum bertindak memandu secara mengundur.

Kemudian, mereka dipercayai bertindak mengejar lori berkenaan dan membuat sekatan bagi menghalang pemandu kenderaan tersebut meloloskan diri. Disebabkan tidak berjaya untuk meloloskan diri, pemandu itu dipercayai bertindak memandu secara mengundur sehingga menyebabkan kemalangan di kampung berkenaan.

Video kejadian

https://www.facebook.com/infobencanapahang/videos/pcb.760881051202225/2883638551924280

Pemandu ditangkap orang ramai

https://www.facebook.com/infobencanapahang/videos/pcb.760881051202225/142505267754905

Sumber: Info Bencana Pahang dan luar Pahang

SKIP THIS AD ×