berita

Review Filem : ‘Cloud Atlas’ Harungi Enam Generasi Berlainan

February 15th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

cloud-atlas-poster-quad

Claud Atlas merupakan sebuah filem sains fiksyen dan epik drama yang dihasilkan oleh Lana dan Andy Wachowski serta Tom Tykwer. Filem ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel yang ditulis oleh David Mitchell sekitar tahun 2004 dan plot ceritanya merentasi enam era yang berlainan.

Secara umumnya Claud Atlas ini telah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Tom Hanks, Halle Berry, Jim Broadbent, Hugo Weaving serta Jim Sturgess.

Antara Enam Plot Era Yang Diceritakan :

  •  1849 – Era ini mengisahkan tentang kehidupan seorang peguam yang bernama Adam Ewing. Adam telah mengikuti sebuah pelayaran, di mana dia diminta untuk menguruskan perniagaan bapa mertuanya di kepulauan Chatham. Namun begitu, sewaktu berada di atas kapal Adam telah diracun oleh seorang doktor yang tidak bertanggungjawab dan nasibnya baik kerana telah diselamatkan oleh seorang hamba berkulit hitam yang dikenali sebagai Autua.

Pengajaran : Kita harus bersifat ikhlasan dan setia dalam setiap perhubungan. Tidak kira sama ada bersahabat mahupun bercinta. Kita tidak seharusnya memandang rendah pada orang lain meskipun dirinya hanya seorang hamba dan berbeza bangsa.

Cloud Atlas

  • 1936 – Pada era ini terdapat seorang ahli muzik berbakat yang dikenali sebagai Robert Frobisher dan dia adalah seorang lelaki yang bersifat biseksual. Pada awalnya Robert telah tinggal dan bekerjasama dengan seorang komposer terkenal bernama Vyvyan Ayrs. Konflik antara kedua-dua individu ini tercetus apabila masing-masing mendapat ilham dalam mencipta sebuah lagu berjudul “The Cloud Atlas Sextetz.” 

Sewaktu dalam proses pembikinan, Robert Frobisher telah membuat keputusan untuk mencipta lagu tersebut seorang diri dan menjadikannya sebagai hasil karya perseorangan tanpa mahu berkongsi dengan Ayras. Insiden tersebut telah membuatkan Ayras marah sehingga tercetusnya pergaduhan antara kedua-dua individu ini. Frobisher akhirnya telah berani menembak Ayras dan melarikan diri dengan hasil karya tersebut.

Pengajaran : Kita tidak perlu bersikap tamak dan tidak seharusnya mengharapkan pertolongan orang lain untuk terus maju. Sekiranya ingin berjaya dalam bidang yang kita cintai, kita harus berusaha sendiri dan jangan mudah percaya dengan orang di sekeliling.

CLOUD ATLAS

  • 1973 – Terdapat seorang wartawan wanita yang dikenali sebagai Luisa Rey. Pada suatu hari, Rey telah sempat berkenalan dengan seorang ahli fizik nuklear yang bernama Sixsmith. Akan tetapi perkenalan mereka tidak kekal lama kerana Sixsmith telah mati dalam sebuah kemalangan yang dirancang.

Namun begitu, Rey telah dihubungi oleh seorang lagi individu yang dikenali sebagai Isaac Sachs. Nasib Sachs sama juga seperti Sixsmith, dimana sebelum sempat menyampai makluamt penting kepada Rey, dirinya telah mati ditembak oleh seorang pembunuh upahan. Setelah satu demi satu insiden pembunuhan berlaku, dapatkah Rey mencari bukti dan maklumat sebenar yang diinginkan? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton filem ‘Clod Atlas’ ini sendiri.

Cloud Atlas

  • 2012 – Dalam sebuah majlis makan malam, seorang pengarang buku yang dikenali sebagai Dermot Hoggins telah menjadi terkenal secara tiba-tiba setelah dia berjaya membunuh seorang individu yang suka mengkritik hasil penulisannya. Insiden pembunuhan tersebut telah memberi peluang kepada seorang penerbit buku, Timothy Cavendish untuk turut bekerjasama dengan Dermot Hoggins dalam menjual kesemua buku-buku yang ditulis olehnya.

Akan tetapi, segalanya menjadi sukar apabila Dermot Hoggins mula meminta wang daripada Cavendish atas kerjasama mereka dan pada ketika itu Cavendish tiada wang kerana amaun yang diminta adalah terlalu besar. Perkara tersebut telah menyebabkan Cavendish terpaksa meminta pertolongan daripada abangnya sehingga menyebabkan dirinya dimasukkan kerumah orang tua-tua. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Cavendish melarikan diri daripada rumah orang tua-tua dan membayar wang kepada Dermot Hoggins?

Pengajaran : Jangan suka mengambil langkah mudah untuk terus berjaya tanpa berusaha terlebih dahulu. Kita juga tidak patut melarikan diri daripada masalah tanpa cuba untuk selesaikannya.

Cloud Atlas

  • 2144 – Dalam era masa hadapan ini terdapat seorang wanita klon yang dikenali sebagai Sonmi-451. Sonmi merupakan seorang pelayan disebuah restoran dan tugasnya adalah melayan pelanggan yang datang serta menghormati segala tetamu di restoran tersebut. Antara peraturan yang harus dipatuhi oleh Sonmi adalah dirinya dilarang memarahi pelanggan dalam apa jua kaedaan meskipun untuk mempertahankan maruah diri sendiri.

Konflik tercetus apabila seorang sahabat karibnya telah melanggar peraturan tersebut dan wanita tersebut telah dihukum mati sewaktu ingin melarikan diri. Bermula daripada insiden tersebut, Sonmi telah diculik dan dibawa keluar oleh seorang jejaka. Setelah melariakan diri, Sonmi sering diburu oleh pihak ‘Union’ sehingga dirinya tertangkap dan akhirnya dimusnahkan seperti klon-klon yang lain.

Cloud Atlas

  • 2321 – Pada era ini terdapat seorang pemuda bernama Zachry. Pada suatu hari Zachry telah menjumpai sebiji batu ajaib dan bermula daripada hari tersebut Zachry telah dapat kuasa yang luar biasa, di mana dirinya boleh melihat serta mendengar bisikan syaitan yang dipanggil sebagai “Old Georgie.” Dengan adanya bisikan-bisikan tersebut Zachry telah membiarkan saudaranya dibunuh oleh sekumpulan kaum kanibal. 

Pada suatu ketika kampung Zachry telah dikunjungi oleh seorang wanita dari ‘Prescients’ yang dikenali sebagai Meronym. Apakah agaknya tujuan Meronym datang ke kampung Zachry? Mampukah Meronym dapat apa yang diinginkan?

Menerusi filem ini, ia banyak mengetengahkan eleman-eleman yang mengajak kita untuk sama-sama berfikir, sebagai contoh benarkah ‘orang yang kuat akan selalu menang, manakala orang yang lemah akan selalu kalah?’ dan OHBULAN! juga tertarik dengan serangkap kata-kata yang dipetik daripada filem ini yang berbunyi “saya tak akan menjadi hamba jenayah!”

Bagi mendapatkan sedikit gambaran berkaitan filem ‘Cloud Atlas,’ jom layan triler filem tersebut selepas ini.

SKIP THIS AD ×