berita

Review Filem: Cloudy With A Chance of Meatballs 2 Menghiburkan!

October 2nd, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Cloudy-with-a-Chance-of-Meatballs-2-Wallpaper-01

Berapa ramai antara anda yang pernah menonton Cloudy with A Chance of Meatballs dan berharap hujan makanan turut terjadi di Malaysia?

Fenomena hujan makanan yang menjadi perbualan selepas filem itu ditayangkan sangat mengujakan, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa juga.

Dan para penggemar filem itu sekali lagi akan dihiburkan dengan limpahan makanan yang sangat menggoda menerusi Cloudy with a Chance of Meatballs 2.

cloudy_with_a_chance_of_meatballs_2_2013-wide

Filem arahan Cody Cameron dan Kris Pearn ini mengisahkan tentang susulan kisah hidup pencipta genius Flint Lockwood yang mendapat tawaran untuk menyertai The Live Corp Company daripada idolanya sendiri, Chester V.

Flint yang menyimpan hasrat untuk menjadi pencipta hebat dikenali ramai telah menerima pelawaan Chester tanpa menyedari perkara buruk bakal terjadi.

Segala-galanya berubah apabila mesin ciptaan Flint yang pernah menukar air ke bentuk makanan masih beroperasi dan kini telah menghibrid makanan dengan haiwan dikenali sebagai ‘foodimals’.

trl185.1076_lm_v2

Tanpa membuang masa, Chester menghantar Flint dan rakan-rakannya ke dalam hutan yang dipenuhi foodimals untuk mematikan mesin tersebut.

Pelbagai cabaran dan halangan terpaksa dihadapi oleh mereka apabila dikejar oleh tacodiles, shrimpanzees, apple pie-thons, double bacon cheespiders dan banyak lagi.

Sepanjang pengembaraan untuk menyelamatkan dunia, Flint berdepan dengan situasi sukar yang memaksanya untuk memilih sama ada sahabat atau idolanya, Chester.

Kalau anda nak tahu apakah konflik sebenar yang dihadapi oleh Flint, jangan lupa saksikan Cloudy with a Chance of Meatballs 2 di pawagam berhampiran pada 3 Oktober 2013.

trl050.1046_lm_v4

Tetapi sebelum anda pergi menonton filem berkenaan, OHBULAN! ingin kongsikan beberapa faktor yang menjadikan filem ini antara filem wajib tonton bersama keluarga.

Cloudy with a Chance of Meatballs 2 pastinya membuatkan penonton lebih teruja kerana teknologi animasi yang dipaparkan berjaya menyerlahkan suasana sebenar seperti di dalam hutan makanan.

Malah, karakter makanan yang digabungkan dengan haiwan-haiwan liar juga nampak realistik dan menakutkan di samping beberapa foodimals yang comel seperti strawberry dan marshmallow.

cloudy-with-a-chance-of-meatballs-2-teaser-trailer-screenshot-double-bacon-cheespider

Walaupun double bacon cheespider kelihatan menggerunkan, namun ia tidak mampu menghalang penonton daripada berasa lapar apabila melihatnya.

Selain daripada itu, plot filem ini teratur dan diceritakan dengan jelas tentang bagaimana Flint dkhianati oleh seseorang yang dipercayainya tanpa membuatkan penonton keliru.

Walaupun hanya sedikit lawak jenaka yang diselitkan, ia masih mampu dikategorikan sebagai menghiburkan kerana kerenah mencuit hati monyet belaan Flint dan foodimals yang lain.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan trailer Cloudy with a Chance of Metaballs 2 untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×