berita

Review Filem: The Purge, Malam Penghapusan Penuh Debaran

August 20th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

the-purge-the-yuppies1

Jika ada antara anda yang pernah menonton trailer The Purge sebelum ini, pasti anda tidak sabar untuk menantikan tayangannya di pawagam tidak lama lagi.

Filem bergenre aksi seram ini bukanlah sebuah filem hantu namun debaran yang diselitkan dalam setiap babak boleh dikatakan setara dengan filem berkenaan.

The Purge yang diarahkan oleh James DeMonaco merupakan sebuah filem yang menggunakan latar masa tahun 2022 di mana pada masa itu segala kegiatan jenayah adalah dibenarkan untuk satu malam pada setiap tahun.

the-purge-face-masks

Kebanyakan mereka yang berjaya mengharungi malam penuh debaran itu adalah golongan berada yang mampu menyediakan aplikasi keselamatan di rumah mereka sebagai pelindung.

Namun berbeza dengan golongan miskin yang tidak berkemampuan, mereka terdedah kepada bahaya dan berpotensi untuk dibunuh.

Melalui undang-undang pembasmian ini, kerajaan Amerika percaya bahawa kadar jenayah berjaya dikurangkan dan ekonomi negara meningkat naik kerana rakyat hanya dibenarkan untuk melakukan jenayah pada satu malam tersebut.

the-purge-edwin-hodge

Debaran The Purge bermula apabila James Sandin (Ethan Hawke), seorang usahawan yang menjual peralatan keselamatan rumah terdedah kepada bahaya apabila anak lelakinya, Charlie membenarkan seorang gelandangan berlindung di rumahnya.

Sekumpulan pembunuh kemudiannya tiba di rumah James dan meminta supaya James menyerahkan gelandangan itu atau mereka akan membunuh seluruh ahli keluarganya.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kumpulan pembunuh itu memutuskan bekalan elektrik dan James sekeluarga terpaksa berdepan dengan gelandangan yang turut berpotensi membunuh keluarga itu.

Konflik berterusan apabila masa yang diberikan oleh pembunuh itu tamat dan James gagal menyerahkan apa yang mereka mahukan.

purge-questions-e1370545646947

James dan keluarganya kini terdedah kepada bahaya sebenar apabila rumahnya diceroboh masuk oleh sekumpulan pembunuh yang menakutkan itu.

Namun tanpa disangka, datang pula kumpulan lain dan membunuh mereka yang menyerang keluarga James.

Jika anda fikir kehadiran mereka adalah untuk menyelamatkan keluarga James, maka anda silap kerana mereka juga menyimpan niat untuk menghapuskan keluarga James.

Siapakah mereka dan apakah yang telah dilakukan oleh James hingga mereka sekeluarga berdepan bahaya sebegini?

Apapun, jika anda ingin mengetahui apakah yang terjadi kepada James sekeluarga dan bagaimana filem ini berakhir, sila nantikan The Purge di pawagam berhampiran anda pada 22 Ogos 2013.

Untuk pengetahuan anda, selain daripada Ethan Hawke, The Purge turut dibintangi barisan pelakon terkemuka seperti Lena Headey, Rhys Wakefield, Max Burkholder dan Adelaide Kane.

Sementara itu, apa kata anda layan dulu trailer The Purge di bawah untuk memberi anda sedikit gambaran mengenai filem seram ini.

SKIP THIS AD ×