berita

Review: Filem TMNT Kembalikan Kenangan Zaman Kanak-Kanak. Cowabunga!

August 7th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

TMNT-2014-Desktop-Wallpaper-HD1

Siapa yang membesar dengan filem dan siri kartun Ninja Turtles sekitar tahun 80an dulu? Seronok, kan? Bila dah besar panjang pun masih teringat-ingat lagi kegempakan penyu-penyu hero ni bertarung melawan musuh.

Sepanjang bertahun lamanya sejak karya Teenage Mutant Ninja Turtles mula dipertontonkan kepada umum, pelbagai jenis versi telah ditayangkan mengikut kesesuaian jalan cerita rekaan produser-produser tertentu.

Dan pada tahun 2014, empat ekor penyu adorable ini sekali lagi menemui para peminatnya menerusi filem versi terbaru berjudul Teenage Mutant Ninja Turtles.

P2oalDA

Walaupun tajuknya agak simple dan tidak perlu pening kepala memikirkan judul yang ekstravanganza, tapi boleh dikatakan plot filem ini tak mengecewakan.

Secara umumnya, filem TMNT 2014 masih mengekalkan jalan cerita yang sama dimana sekumpulan empat ekor penyu mutan yang terdiri daripada Raphael, Michelangelo, Leonardo dan Donatello menjadi pembanteras jenayah di kota New York.

Pada mulanya, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan pembentungan air bawah tanah oleh sifu mereka iaitu Splinter. Namun, atas dasar keterujaan ingin melihat dunia luar dan desakan adrenalin untuk menjaga keamanan manusia, Ninja Turtles terpaksa ingkar arahan Splinter dan menyebabkan identiti mereka terdedah.

Teenage-Mutant-Ninja-Turtles-2014-Leonardo

Dek kerana terlalu ingin membongkar kisah sebenar di sebalik aktiviti jenayah kumpulan Foot Clan, wartawan berita, April O’Neil (Megan Fox) secara tak sengaja terserempak dengan Ninja Turtles dan cuba menjejaki hero-hero ‘pelik’ ini.

Sehinggalah pada satu hari, April dapat tahu bahawa Ninja Turtles itu adalah penyu-penyu yang menjadi bahan eksperimen bapanya sebelum makmal tersebut terbakar ketika dia masih kecil. Patutlah April dapat rasakan satu bonding yang kuat bila terjumpa mereka!

Bagaimanapun, konflik semakin menjadi-jadi apabila seseorang yang paling dipandang tinggi oleh April rupanya adalah dalang kepada jenayah terancang Foot Clan dan sifu mereka yang kejam iaitu Shredder. Nak tahu siapa, kenalah tengok!

megan-fox-april-tmnt

Secara keseluruhannya, penulis memang terhibur menonton filem ini kerana lawak jenaka yang diselitkan sangat bersahaja dan berjaya membuatkan hampir kesemua penonton tergelak di dalam panggung.

Tapi sayangnya, filem yang diarahkan oleh Jonathan Liebesman ini dilihat kurang elemen mendebarkan walaupun banyak adegan berlawan ditunjukkan.

Namun, itu hanyalah pendapat saya sahaja. Mungkin anda penonton mempunyai pandangan yang berbeza. Apapun, jom tengok trailer di bawah ini dulu sebelum anda menyaksikan filem penuh di pawagam selepas ia mula dilancarkan pada hari ini.

http://www.youtube.com/watch?v=Xf1ThU8bAA4

SKIP THIS AD ×