berita

Review : The Hunger Games, Penuh Kejutan & Mencabar

November 21st, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

The Hunger Games

Bagi mereka yang pernah menyaksikan filem The Hunger Games pada tahun lepas, jangan ketinggalan untuk menyaksikan sambungannya menerusi The Hunger Games : Catching Fire yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula hari ini.

Untuk siri kali ini, pihak penerbit, Nina Jacobson masih lagi mengekalkan pelakon utamanya Jennifer Lawrence yang memegang watak sebagai Katniss Everdeen dan Josh Hutcherson sebagai Peeta Mellark.

Jika dalam siri terdahulu, penonton telah menyaksikan pertempuran pasangan tersebut menerusi 74th Hunger Games, untuk siri seterusnya ini mereka sekali lagi terpaksa bertempur di arena 75th Annual Hunger Games sempena sambutan Quarter Quell.

The Hunger Games ; Catching Fire

Katniss & Peeta wakil pasangan untuk District 12

Menerusi pertempuran kali ini, setiap daerah atau district, diwajibkan untuk menghantar sepasang wakil iaitu seorang lelaki dan wanita yang dipilih secara rawak di hadapan rakyat jelata. Pasangan yang terpilih akan dihantar ke arena untuk bertempur bermati-matian untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang berada di arena, pelbagai rintangan serta cabaran bakal dihadapi oleh mereka bagi merebut gelaran juara dan sekaligus menyelamatkan daerah masing-masing daripada dimusnahkan.

The-Hunger-Games

President Snow membuat pengumuman mengenai Quartel Quell

Sebelum pengumuman mengenai acara Quartel Quell diumumkan kepada rakyat jelata, president negara mereka yang dikenali sebagai President Snow telah terlebih dahulu menemui Katniss bagi membuat satu perjanjian.

Menerusi perjanjian tersebut, Katniss diminta agar meyakinkan kepada beliau mengenai satu perkara dan jika Katniss gagal berbuat demikian, Snow berjanji akan menyakiti keluarga wanita tersebut termasuklah kekasih hatinya, Gale Hawthorne.

Apakah perjanjian tersebut? Mampukah Katniss meyakinkan President Snow mengenai perkara itu? Kalau nak tahu, kenalah saksikan sendiri filem The Hunger Games : Catching Fire nanti.

Katniss

Katniss menggayakan gaun pengantin yang diarahkan oleh Snow

Setelah selesai pemilihan wakil district, setiap pasangan akan diperkenalkan kepada umum melalui rancangan Games  yang dikendalikan oleh Caesar Flickerman.

Di malam pegenalan tersebut, Katniss diminta untuk memakai gaun pengantin yang telah diarahakn oleh President Snow dan pada malam itu juga satu kejutan telah dilakukan oleh pasangannya, Peeta. Secara tiba-tiba Peeta telah membuat pengakuan bahawa Katniss hamilkan anaknya.

Berita tersebut bukan sahaja mengejutkan orang awam, malah Katniss turut tersentak apabila mendengar pengakuan daripada Peeta. Sebelum ini mereka tidak pernah bersama dan kisah cinta yang ditonjolkan oleh mereka juga sekadar lakonan untuk mengaburi mata orang ramai.

Jadi, macam mana Peeta boleh membuat pengakuan berani seperti itu? Apakah tujuan sebenar Peeta? Adakah itu untuk kepentingan dirinya sendiri atau bagi menyelamatkan nyawa orang lain?

hunger-games-catching-fire-hawaii-beach-01

Situasi Katniss & Peeta sewaktu berada di dalam arena

Katniss Everdeen mula menyayangi Peeta Mellark?

Bercakap mengenai soal kasih sayang, ramai yang sedia maklum sebelum ini Katniss langsung tidak cintakan Peeta, malah cintanya hanyalah buat kekasih hati, Gale Hawthorne lakonan Liam Hemsworth.

Namun begitu, melalui siri Catching Fire ini, Katniss nampaknya sedikit sebanyak telah mula menyayangi Peeta dan perkara tersebut turut dilihat melalui perjanjian yang dilakukan oleh wanita itu bersama sahabatnya, Haymitch. Melalui perjanjian itu, Katniss mahu Haymitch berjanji untuk menyelamatkan Peeta sewaktu mereka berada di arena dan wanita itu juga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri demi jejaka tersebut.

Dalam pada itu, ketika berada di arena, Katniss turut risaukan keselamatan Peeta apabila jejaka tersebut terkena periuk api dan pada ketika itu jantung Peeta telah berhenti berdenyut. Insiden berkenaan membuatkan Katniss tidak dapat menerima hakikat jika Peeta terpaksa meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

Apakah akan berlaku seterusnya? Adakah Haymitch mengotakan janjinya kepada Katniss atau sebaliknya? Siapa pula yang menang di arena pertempuran kali ini? Kalau nak tahu, jangan lupa untuk menyaksikan filem The Hunger Games : Cathcing Fire di pawagam berhampiran anda mulai 21 November 2013.

Sebelum itu apa kata jom kita saksikan sedikit sedutan trailer filem tersebut  selepas ini:

SKIP THIS AD ×