berita

Review : Insidious 2, Lebih Seram & Mendebarkan

October 17th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Insidious: Chapter 2

Bagi kaki wayang yang meminati filem genre seram seperti The Conjuring, di sini OHBULAN! ingin mencadangkan sebuah lagi filem seram yang harus anda tonton iaitu Insidious 2.

Secara umumnya, Insidious 2 merupakan sekuel daripada filem Insidious yang pernah ditayangkan pada tahun 2011, di mana ianya menceritakan tentang bagaimana keluarga Josh, lakonan Patrick Wilson dan Renai (Rose Byrne) diganggu oleh makhluk halus sewaktu berpindah di rumah baru mereka.

Jika dalam siri terdahulu, keluarga Josh berjaya diselamatkan oleh seorang pakar supernatural, Elise (Lin Shaye) menerusi kaedah astral-project, akan tetapi tidak untuk siri selanjutnya.

Insidious: Chapter 2

Keluarga Josh sedang berbincang dengan Carl

Pada awalnya, plot cerita ini mengisahkan tentang bagaimana Elise ingin menyelamatkan anak lelaki Josh, Dalton daripada gangguan makhluk halus dengan menggunakan kaedah pemukauan dan eksperimen Hot or Cold bagi mengesan kehadiran makhluk halus tersebut.

Kaedah tersebut bagaimanapun telah menyebabkan nyawa Elise terkorban dan Josh juga dirasuk serta berubah menjadi orang lain.

Mulanya Renai tidak perasan akan perubahan yang berlaku kepada diri suaminya, ini kerana pada waktu itu dia lebih risau tentang kehadiran seorang wanita berpakaian putih yang sering berada di ruang tamu rumah mereka. Siapakah agaknya wanita itu dan apakah yang dia inginkan?

1166115 - Insidious: Chapter 2

Wanita yang sering mengganggu keluarga Renai

Setelah satu persatu gangguan yang berlaku terhadap keluarganya, Renai telah meminta bantuan daripada Carl. Kali ini Carl telah pergi ke sebuah hospital lama yang dikenali sebagai Our Lady of Angels. Hospital tersebut merupakan sebuah rumah sakit lama yang telah ditutup dan disitulah mereka mendapat jawapan siapakah sebenarnya lelaki tua yang dikenali sebagai Parker Crane.

Dalam pada itu, persoalan siapakah sebenarnya wanita berbaju putih yang sering berada di rumah Josh dan Renai juga terjawab. Apakah akan terjadi seterusnya? Bagaimanakah Carl berusaha untuk memulihkan semula diri Josh?

Jika ingin tahu kesudahan cerita ini, jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman seram dengan menonton filem Insidious 2 di pawagam berhampiran anda, hari ini. 

Sebelum itu, apa kata kita layan dulu trailer Insidious 2. Untuk makluman, filem ini telah pun ditayangkan lebih awal di Amerika pada pertengahan September lalu.

SKIP THIS AD ×