berita

Review : Kick-Ass 2 Lebih Ganas & Menggerunkan!

August 29th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Kick-Ass 1

Bagi anda yang pernah menonton filem serta gemar membaca komik Kick-Ass, jangan lupa untuk menyaksikan sambungan filem tersebut berjudul Kick-Ass 2 yang dijadualkan menemui penonton hari ini.

Jika dalam filem sebelum ini pihak pengarahnya, Matthew Vaughn hanya memperkenalkan tiga watak superhero iaitu Big Daddy, Hit-Girl dan Kick-Ass, namun begitu untuk kali ini jalan ceritanya kelihatan lebih ganas dan banyak aksi-aksi menggurunkan, ini kerana watak penjenayah dan superhero telah ditambah kepada kelompok  yang lebih besar.

Menerusi filem Kick-Ass 2, Dave Lizewski (Kick-Ass) telah bertemu dengan anak Big Daddy iaitu Mindy Macready (Hit-Girl), di mana kedua-duanya telah bergabung tenaga untuk membentuk sebuah pasukan dan membanteras jenayah yang berlaku sekitar bandar mereka.

Namun begitu, setelah penjaga Mindy, Sarjan Marcus Williams mengetahui kegiatan sebenar gadis tersebut, Mindy telah dijatuhkan hukuman berkurung dan tidak dibenarkan lagi untuk memakai kostum Hit-Girl.

Kick-Ass 3

Kick-Ass & Hit-Girl bergabung sebagai satu kumpulan

Setelah Mindy mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi Hit-Girl, keyakinan Dave untuk terus menjadi superhero menjadi semakin pudar, akan tetapi dia tetap memakai kostum Kick-Ass sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan sekumpulan superhero yang menggelar diri mereka sebagai Justice Forever.

Secara umumnya, Justice Forever dianggotai oleh beberapa superhero yang menggelar diri mereka sebagai Colonel Stars and Stripes, Battle Guy, Dr Gravity, Insect Man, Night-Bitch serta pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Tommy.

Kick-Ass 2

Pertemuan Kick-Ass dengan ahli kumpulan Justice Forever

Setelah mengetahui kewujudan kumpulan superhero tersebut, Chris D’Amico yang menggelar dirinya sebagai The Motherfucker turut membina sebuah kumpulannya sendiri.

Rata-rata anak buah Chris D’Amico adalah terdiri daripada penjenayah-penjenayah kejam yang diberi gelaran sebagai Mother Russia, Black Death, Genghis Carnage serta The Tumor.

Kick-Ass 4

Anak buah Chris D’Amico

Tujuan utama Chris menubuhkan kumpulan penjahatnya sendiri adalah untuk membalas dendam terhadap Kick-Ass yang telah membunuh bapanya pada siri filem yang terdahulu dan dalam masa yang sama, kumpulan tersebut turut diarahkan untuk memporak perandakan keamanan bandar.

Konflik Antara Justice Forever & Anak Buah Chris D’Amico

Konflik antara kedua kumpulan ini tercetus apabila anak buah Chris D’Amico telah membuat kekecohan dengan membunuh bapa Kick-Ass di penjara dan dalam masa yang sama, mereka turut menyerang Night-Bitch serta membunuh ketua kumpulan Justice Forever iaitu Colonel Stars and Stripes.

Insiden kejam ini telah membuatkan Kick-Ass berang, dan meminta pertolongan daripada Hit-Girl untuk membantunya dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Kick-Ass 6

Night-Bitch & Dr Gravity

Persoalannya di sini adakah Hit-Girl akan membantu Kick-Ass dalam menyelesaikan konflik tersebut dan bagaimanakah ahli kumpulan Justice Forever yang lain? Adakah mereka akan turut bersatu untuk membalas dendam atas kematian ketua mereka?

Untuk ketahui lebih lanjut kesudahan filem Kick-Ass 2, jangan lupa untuk menyaksikannya sendiri di pawagam-pawagam berhampiran anda hari ini, mulai 29 Ogos 2013.

Sebelum itu, apa kata kita layan dulu trailer filem Kick-Ass 2. Enjoice!

http://www.youtube.com/watch?v=FadLk0egtPs

SKIP THIS AD ×