berita

Reward Diri Dengan Travel Bersama Pakej Peranti HUAWEI Serendah RM22.13 Sehari. Murahnya!

December 24th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Dalam dunia mencabar ni, macam mana korang rehatkan diri, chill dan enjoy tanpa risau? Berapa banyak masa yang korang spend untuk lari dari stress kerja atau hidup? Berdepan cabaran memang normal, tapi kadang-kala kita kena travel untuk mengecapi kebahagiaan sebenar.

Warnai kehidupan dan travel bersama peranti HUAWEI kerana mereka menawarkan HUAWEI Together 2020 Travel Package yang membolehkan korang travel dengan tenang. Tak perlu risau perbelanjaan bertambah kerana pakej ansuran bulanan ini hanya berharga serendah RM22.13 sehari.

Untuk pengetahuan korang, terdapat beberapa peranti yang ditawarkan dalam pakej ini. Korang dapat merasai sambungan peranti HUAWEI all-in-one dan on-the-go dengan ekosistem HUAWEI yang hebat. Nak tahu apa yang ada dalam HUAWEI Together 2020 Travel Package?

Prestasi hebat dengan Mate 30 Pro

HUAWEI Together 2020 Travel Package disertakan Mate 30 Pro yang terkenal dengan cip pemprosesan Kirin 990 berprestasi hebat. Segala-galanya pantas dari bermain game, memindahkan fail, layan media sosial dan sebagainya.

Selain itu, Mate 30 Pro turut dilengkapi kamera hebat seperti SuperSensing Camera, 40 Cine Camera, 8MP Telephoto Camera dan 3D Depth Sensing Camera yang membolehkan korang mengambil gambar seperti pro!

Fungsi HUAWEI SuperCharge yang ada pada Mate 30 Pro juga sangat membantu korang supaya sentiasa bersedia di mana-mana dengan memberikan kuasa caj pantas ketika diperlukan.

Sambungkan Mate 30 Pro dengan peranti pintar HUAWEI yang lain

WATCH GT 2

Bila travel, mesti korang tak nak terlepas mesej-mesej penting atau update dari kawan-kawan di media sosial. Dapatkan WATCH GT 2 dan sambungkan dengan Mate 30 Pro supaya korang dapat kawal notification selain memantau kesihatan dan degupan jantung untuk gaya hidup lebih sihat.

Korang juga boleh jawab panggilan dan dengar lagu straight dari jam tangan tanpa perlu membawa smartphone ketika bersenam. Jadi, sesi senaman korang lebih enjoy!

Freebuds 3

Bila travel, korang mesti kena dengar lagu untuk teman sepanjang perjalanan kan? Dapatkan Freebuds 3 dan sambungkan dengan Mate 30 Pro yang dilengkapi fungsi noise reduction supaya korang boleh enjoy dengar muzik tanpa gangguan dari bunyi luar.

https://www.youtube.com/watch?v=N_bxL2-3F6w

Freebuds 3 dihasilkan dengan rekaan simple namun memberi keselesaan kepada pemakai kerana rekaan ear piece terkini. Jadi, kalau pakai lama-lama pun tak jadi masalah!

Freebuds 3 juga direka dengan pilihan algorithm saluran Bluetooth dinamik yang mengenalpasti band melalui sambungan WiFi dan cepat menyesuaikan diri dengan noise cancellation bagi membolehkan korang merasai pengalaman audio yang lancar.

HUAWEI X Gentle Monster Eyewear

Kata orang, kaca mata ni satu aksesori wajib bila travel. Justeru, HUAWEI X Gentle Monster Eyewear serba canggih ni korang wajib dapatkan kerana memang direka untuk gaya hidup baru yang pintar.

Boleh disesuaikan untuk pelbagai gaya, kaca mata HUAWEI ini dilengkapi speaker tersembunyi, mampu menghasilkan bunyi yang jelas. Malah, korang juga boleh menjawab panggilan dengan satu sentuhan pada HUAWEI X Gentle Monster Eyewear ni tau!

HUAWEI MediaPad M6

HUAWEI MediaPad M6 10.8“ with PC mode

 

Satu lagi peranti yang korang akan dapat bila langgan HUAWEI Together 2020 Travel Package adalah HUAWEI MediaPad M6 yang disertakan cip pemprosesan terkuat iaitu Kirin 980. Dilengkapi GPU Turbp 3.0 dan skri HD 2K, ia memberikan prestasi dan pengalaman bermain game paling hebat dalam sejarah HUAWEI. Wow, bukan biasa-biasa ni!

HUAWEI MediaPad M6 turut disertakan 4 sistem pembesar suara 4 saluran bagi menyokong Dolby Atmos, Dolby Vision dan penalaan kualiti Harman Kardon. Resolusi video dan kualiti audio pada HUAWEI MediaPad M6 juga tak mengecewakan kerana ia berada di tangga teratas dalam industri tablet keseluruhannya.

Dapatkan produk HUAWEI & HUAWEI Together 2020 Travel Package yang sesuai untuk semua gaya hidup & keperluan berbeza.

Tunggu apa lagi? Dapatkan pelan bayaran ansuran HUAWEI Together 2020 Travel Package yang direka khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki produk HUAWEI pada harga yang sangat berpatutan. Untuk pengetahuan, pakej yang ditawarkan juga boleh dibeli secara berasingan.

Buat korang yang tertanya-tanya, HUAWEI Together 2020 Travel Package boleh didapati pada harga serendah RM22.13 sehari dan RM673 sebulan untuk tempoh pembayaran selama 12 bulan. Korang juga boleh pilih sama ada nak bayar selama 6 atau 12 bulan tau!

Untuk membeli dan mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Together 2020 Travel Package dan pakej-pakej ansuran bulanan lain, layari huaweitogether2020.3ex.com.my.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×