Perbuatan lelaki memikat si wanita mungkin sudah terlalu biasa kita dengar dari zaman dulu hingga sekarang. Namun jika sebaliknya yang berlaku, pasti si wanita ini dilabelkan dengan istilah ‘perigi mencari timba’.
Tidak menduga langsung ia berlaku kepada dirinya, pengguna Twitter fotofadh mendedahkan dia kini berkahwin dengan wanita yang terlebih dahulu ‘membuka langkah’ memikatnya ketika bertugas sebagai jurugambar di sebuah perkahwinan.
Siapa kata lelaki tak pernah kena tackle
LAMBAIAN CINTA
Siapa kata lelaki tak pernah kena tackle? Hahahaha. Aku antara lelaki yang kena tackle dengan gegadis time on duty. Kah!
Aku memang work as wedding photographer. So bertemu dengan ramai perempuan tu memang lumrah. Bridesmaid, kawan-kawan pengantin, etc. LUMRAH. pic.twitter.com/O6sydkInlc
— Fadhil Roslizan (@fotofadh) September 10, 2019
Katanya, dia antara lelaki ‘bertuah’ yang dipikat oleh wanita ketika menjalankan tugas sebagai jurugambar dua tahun lalu.
Aku ni debab lagi la orang senang nampak
Menurutnya, sudah menjadi lumrah sebagai jurugambar untuk diperhatikan ketika menjalankan tugas di mana-mana majlis perkahwinan.
Namun, dia sendiri tidak menyangka dirinya telah diperhatikan oleh sepasang mata ketika sibuk mengambil gambar pernikahan ‘client’ nya satu ketika dahulu.
Disapa selepas 3 bulan
Menceritakan kembali kenangan manisnya itu, dia berkata wanita itu mula menyapanya melalui aplikasi Facebook massenger selepas tiga bulan daripada majlis itu.
Ingatkan ada yang nak ‘booking slot’
Pada awalnya dia terfikir jika wanita tersebut yang menggunakan nama Emira Mamora berniat untuk menggunakan perkhidmatan jurugambar daripadanya.
Namun lain pula jadinya apabila berlaku sesi suai kenal sehingga wanita itu mendedahkan bahawa dia sudah bertemu dengan lelaki itu di sebuah majlis perkahwinan tiga bulan lalu.
Berkahwin selepas 6 bulan bertunang
Selepas cukup mengenali diri masing-masing, dia berkata mereka akhirnya dinikahkan selepas 6 bulan melalui fasa pertunangan.
Terima kasih sayang
Sambil mengucapkan penghargaan buat isterinya yang disayangi, lelaki itu mengakui dia telah mempelajari banyak perkara melalui wanita itu sejak dari awal perkahwinan.
Untungnya lelaki ni. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia selamanya ya.
Sumber: Twitter fotofadh