Mewakili Malaysia untuk Festival Java Jazz pada 24 hingga 25 Mei 2024 di Indonesia merupakan impian yang menjadi kenyataan buat penyanyi Aisha Retno kerana dapat muncul di salah satu fiesta jazz terbesar dunia. Tahniah!
Artikel Berkaitan: #AJL38: Aksi Terbang Aisha Retno ‘Another Level’, Terima Pujian Penonton – ‘Ini Baru BBNU Yang Berwawasan’
Artikel Berkaitan: #AJL38: [VIDEO] Diramal Bakal Juara, Aisha Retno Hargai Pujian Siti Nurhaliza – ‘Itu Adalah Tanggungjawab Besar’
Impian jadi kenyataan
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aisha berkata, dia berasa sangat teruja apabila mendapat undangan beraksi di pentas Festival Java Jazz yang membariskan ramai penghibur hebat Indonesia serta penyanyi serantau.
Ujar Aisha, dia sudah lama mempunyai keinginan untuk beraksi dalam fiesta muzik bertaraf antarabangsa seperti itu.
Saya hilang kata-kata dan ini adalah untuk keluarga dan rakan-rakan, terutama penyokong, baik tempatan mahupun di luar negara yang menyokong karier muzik saya selama lima tahun ini.
Saya menangis melihat barisan idola yang bakal muncul pada festival itu nanti. Inilah festival yang ibu saya perkenalkan ketika saya masih kanak-kanak, akhirnya 10 tahun kemudian bakal beraksi di festival yang sama. Sungguh indah perancangan Allah.
Di samping itu, Aisha mengakui tampil dalam acara muzik hebat tersebut antara pencapaian terbesarnya dalam karier seni.