Pelakon dan penyanyi Alif Satar yang kini sedang menunaikan ibadah umrah menerima rezeki tidak disangka apabila berpeluang bertemu dengan dua tokoh agamawan yang amat disegani.
Artikel Berkaitan: Dapat Tengok Kereta Bawa Keranda Ratu Elizabeth II, Netizen Cakap Alif Satar Bertuah
Artikel Berkaitan: ‘Elak Lakonkan Babak Intim Bukan Sebab Acah Alim’ – Alif Satar
Artikel Berkaitan: Alif Satar Dedah Pesakit Covid-19 Terima Rawatan Berbeza Sekiranya Merokok
Kalau niat baik akan dimakbulkan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif, 32, sangat beruntung apabila berpeluang untuk bertentang mata serta bergambar dengan Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Ibn Musa Menk.
Saya tengah tengok live Instagram dan terus berlari ke masjid untuk mencari beliau (Mufti Menk). Saya sudah tahu ianya pasti akan sukar dengan jumlah manusia yang ramai.
Saya hanya berkata dalam hati, InsyaA-Allah kalau ada rezeki, Allah akan jadikannya.
Ceritanya lagi, pertemuan itu adalah satu keajaiban yang berlaku sejurus dia berniat dalam hati.
Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar juga berterima kasih kepada Mufti Menk kerana banyak memberi semangat ketika dia berdepan waktu sukar dalam hidup.
Selain itu, pemergian umrah kali ini sangat berbeza apabila Alif berjumpa dengan salah seorang daripada sembilan imam di Masjidil Haram iaitu Abdul Rahman Al-Sudais.
Hari ini rezeki kami di Masjid Nabi. Terserempak dengan Imam Masjidil Haram. Tapi itulah.. rugi tak belajar Bahasa Arab.
‘MasyaAllah!’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira dengan perkongsian pelantun lagu Cukup Indah.
Sumber: Instagram @alifsatar