berita

Ria Ricis Selamba ‘Live’ Instagram Masa Buang Air Kecil, Netizen Bandingkan Perangai Dengan Oki Setiana Dewi

April 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama personaliti media sosial Ria Ricis menjadi bualan dalam kalangan warganet gara-gara tetap meneruskan siaran langsung atau ‘live’ di Instagram (IG) saat sedang membuang air kecil di tandas.

Artikel Berkaitan: Oki Setiana Dewi Minta Maaf, Akan Perbaiki Diri Jadi Lebih Baik – ‘Sudah Tentu Saya Sangat Menolak Kekerasan Dalam Rumah Tangga’

Artikel Berkaitan: Ria Ricis Hamil Anak Sulung, Teuku Ryan Terus Cium & Sujud Syukur

Selamba bawa penonton

Kejadian bermula ketika Ria sedang rancak berborak dengan peminat. Namun, tiba-tiba Ria ingin membuang air kecil namun bingung sama ada perlu menghentikan ‘live’ dulu atau tetap diteruskan.

Sebenarnya saya mahu kencing. Tapi tak mungkin semua ikut saya kencing. Namun, saya pun tak mungkin tinggalkan kalian semua.

Sayang dengan lebih 14,000 penonton yang bersamanya di IG, isteri kepada Teuku Ryan tetap meneruskan ‘live’ di tandas dengan kamera telefonnya dipusingkan ke belakang.

Kalau saya tinggal, yang sudah menonton nanti keluar. Jadi apa kata kalian semua ikut sahaja saya masuk ke tandas. Tapi kamera saya terbalikkan ya. Kalian teman saya buang air kecil.

Bandingkan dengan kakak

Tindakan tidak senonoh itu mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen. Rata-ratanya menganggap Ria sanggup membuang perasaan malu demi sebuah konten.

Demi konten sanggup buat.

Astaga.. boleh saja ditinggalkan sekejap IG live. Tak perlu sampai bawa ke tandas.

Malah, ada segelintir pengikut yang membandingkan Ria dengan kakaknya, Ustazah Oki Setiana Dewi yang merupakan seorang pendakwah bebas. Kata mereka, perwatakan Ria jauh berbeza dengan Oki yang sentiasa menjaga tingkah laku.

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×