berita

Ribuan Hadir Ke Festival Keagamaan Di Sungai Ganges, India Kini Berdepan ‘Tsunami’ Covid-19

April 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sumber foto: El Universal Online

Sejak beberapa hari yang lalu India merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 semakin mendadak. Malah, angka pesakit positif melebihi 300,000 untuk hari yang keenam berturut-turut. Peningkatan kes tersebut dipercayai merebak ketika rakyat India menghadiri festival keagamaan di Sungai Ganges tanpa mengenakan pelitup muka atau menjaga penjarakan sosial.

Kes meningkat mendadak

Sumber: Google

Menurut statistik bilangan kes positif Covid-19 di India pada 26 April, negara itu mencatat 323,023 kes baharu. Peningkatan drastik ini bagaimanapun telah mengakibatkan ribuan rakyat India terkorban, malah, bantuan bekalan oksigen dan hospitaliti juga tidak mencukupi bagi menempatkan pesakit-pesakit di rumah sakit. Ada laporan mengatakan India bakal mencecah kes harian sebanyak 500, 000 menjelang Mei.

Memetik laporan Malay Mail, sebanyak 2,771 kes kematian baru Covid-19 telah dilaporkan dan Menteri Kesihatan India iaitu Dr. Harsh Vardhan menjangkakan akan berlaku kes kematian melebihi catatan kes setakat hari ini.

Hadiri festival keagamaan

Sumber foto: El Universal Online

Sebelum ini, difahamkan seramai lima juta penduduk India telah menghadiri festival keagamaan di Sungai Ganges tanpa memakai pelitup muka apatah lagi mengamalkan protokol kesihatan yang disarankan WHO sebelum ini. Selepas hari upacara keagamaan di sana, India berdepan dengan gelombang baharu ibarat ‘tsunami’ dengan mencatatkan kes sebanyak 250 ribu positif Covid-19.

Kesan daripada itu, terdapat beberapa buah negara telah mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan rakyat India ke negara masing-masing termasuklah Thailand, Singapura, Bangladesh, Autsralia dan Britain.

Statistik Covid-19 dunia

Sumber: Google

Negara India menunjukkan peningkatan kes positif Covid-19 yang sangat ketara. Sehingga hari ini, India mencatatkan sebanyak lebih 17.6 juta kes positif di kedudukan kedua negara selepas Amerika Syarikat. Malah, turut mencatatkan bilangan kes kematian yang tinggi iaitu sebanyak 198 ribu selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Sumber: EL Universal Online, Malay Mail

SKIP THIS AD ×