Sebelum ini banyak tular kes di aplikasi TikTok video penghantar makanan cedera teruk diserang anjing ketika menghantar barangan di kawasan perumahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rider Penghantar Makanan Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Dikejar Anjing
Anjing rosak ke?
@arifaimanahmadAnjing ni habis warranty ke? ? ##fyp ##foryou ##vlog ##pov ##fyp?? original sound – Arif Aiman
Namun, lain pula dengan nasib seorang penghantar makanan ini apabila anjing milik pelanggannya langsung tidak menghiraukan kehadirannya di rumah itu.
Menerusi rakaman video di akaun TikTok @arifaimanahmad, lelaki itu meluahkan rasa hairan dan pelik apabila anjing itu berkelakuan baik.
Kenapa anjing ini macam tidak menjalankan tugas sebagai seekor anjing? Dia (anjing) bukannya patut menyalak ke? Tak menghala ke aku pula tu? Dia macam tak berguna.
Tidak berpuas hati dengan anjing itu, penghantar makanan tersebut menanyakan kepada pemilik rumah yang ditemuinya.
Eh anjing you tak bising eh? Dia rosak ke? Jarang jumpa anjing baik macam ni.
Kang tak cukup tanah lari
Video yang sudah mendapat hampir 4,000 komen itu dipenuhi dengan respon wargamaya yang terhibur dengan reaksi penghantar makanan itu.
Malah, ada yang berpendapat anjing itu telah diajar oleh tuanya untuk tidak semena-mena serang orang.
Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 1.1 juta tontonan daripada warganet.
Sumber: TikTok @arifaimanahmad