berita

[VIDEO] Rider Penghantar Makanan Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Dikejar Anjing

August 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas apabila terlibat kemalangan dan merempuh pagar sebuah rumah selepas dia dikatakan melarikan diri akibat dikejar anjing liar. Kemalangan tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) rumah penduduk tempat kemalangan berlaku.

Artikel Berkaitan: ‘Abang Tolong Saya, Bapak Saya Masuk Hospital’ – Niat Nak Tegur Rider Bawa Basikal, Tak Sangka…

Artikel Berkaitan: Rider Terkejut Dapat ‘Upah’ RM1k, Pelanggan Minta Doakan Supaya Cepat Dapat Zuriat

Artikel Berkaitan: Tahu-Tahu Sampai Kubur Cina! Orang Yang Pesan Makanan Tak Ada Pun..

Tragedi menimpa penghantar makanan

Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat itu, dua orang wanita sedang asyik bersembang di hadapan rumah sebelum secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai hilang kawalan melanggar pagar rumah berkenaan. Rempuhan kuat itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan sukar untuk berdiri.

Turut kedengaran suara anjing yang menyalak selepas insiden itu berlaku. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam, (19/8/2021) pada pukul 3.57 petang. Tiada info lanjut berhubung lokasi kejadian namun berdasarkan rakaman video, penunggang motosikal tersebut dipercayai seorang wanita berdasarkan lenggok badannya.

‘Sakit tu terhentak’

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka tentang insiden yang telah terjadi. Netizen berpendapat tuan kepada anjing perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam memastikan anjing yang dibela tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada orang lain.

Sumber: My_CrimeWatch

SKIP THIS AD ×