Pelakon Riena Diana enggan memaksa teman lelakinya, aktor Keith Foo untuk mendalami ilmu agama Islam.
Artikel Berkaitan: Keith Foo & Riena Diana Dah Ada Tarikh Kahwin? – ‘Perancangan Tu Ada, Cuma Kami Tak Nak Terburu-Buru’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keith Foo Akui Jatuh Cinta Dengan Kecantikan Riena Diana – ‘Itu Fakta Bukan Auta’
Dalami Islam
Kata Riena atau nama lengkap Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, dia lebih selesa jika keinginan untuk Keith mempelajari ilmu Islam timbul dengan semula jadi.
Malah, Riena berkata, aktor itu juga sudah biasa dengan kehidupan Islam kerana ada beberapa ahli keluarganya yang sudah memeluk Islam.
Kami jarang bercakap tentang hal ini (perbezaan agama). Namun, kami sedar tentang hubungan berbeza agama. Sebelum hubungan kami ke arah lebih serius, itu yang kami bincangkan dahulu.
Sepanjang perkenalan, saya melihat Keith ini sudah biasa berkawan dengan orang-orang Melayu. Jadi, setakat perkara-perkara asas, dia memang sudah tahu. Jadi, saya seperti tiada masalah sangat.
Saya juga nampak Keith ini mempunyai keinginan sendiri untuk belajar. Kerana itu juga saya tidak akan terlalu mendesak. Kakak dan abangnya juga adalah Muaalaf. Jadi, bukan satu yang asing.
Perkara seperti ini tidak boleh dibuat-buat, akan datang sendiri. Hidayah itu datang daripada Allah. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Keith.
Riena berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Keith suka ceramah
Dalam pada itu, Riena memberitahu, Keith juga gemar mendengar ceramah agama dan bersedekah di masjid.
Ada kalanya, dia bagitahu saya yang dia ada mendengar khutbah. Dia akan kongsikan isi khutbat itu. Mulanya saya pelik, kenapa dengar khutbah hari-hari? Khutbah selalunya hari Jumaat.
Rupa-rupanya, pada dia, setiap ceramah itu adalah khutbah. Saya melihat situasi itu sangat comel. Dia ada inisiatif untuk mendalami agama.
Baru-baru ini, umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Dia ada bertanya, pada hari ini, biasanya orang Islam buat apa? Jadi, Keith sendiri yang memutuskan untuk bersedekah di masjid.
Disoal mengenai perancangan mendirikan rumah tangga, pelakon drama Kampung People itu menjawab mereka mahu memberi fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu.
Setiap orang pasti nak berumah tangga. Bukan saya tidak merancang tapi hubungan saya dan Keith masih baharu. Kami mahu fokus kerjaya dahulu. Seperti sekarang, saya diberi peluang untuk mengacarakan ABP.
Keith nak saya terbang tinggi. Begitu juga saya. Ada banyak lagi perkara baharu yang Keith ingin ceburi.
Dalam perkembangan lain, Riena bakal bergandingan dengan Didie Alias dan Haniff Hamzah untuk mengacarakan ABPBH 36 yang bakal berlangsung pada 11 Oktober ini.