Ibarat seorang wanita yang berkongsi seorang suami yang sama. Itu yang boleh digambarkan tatkala melihat personaliti yang ditonjolkan oleh Rihanna dan Rita Ora.
Personaliti yang sama, dari segi gaya jalan, rambut, tatu yang dimiliki dan obsesi terhadap gincu merah membara jelas sekali mereka mempunyai persamaan yang ketara. Hakikatnya, sejak kemunculan beliau di tempat kejadian, Rita Ora kerap dikaitkan persamaan dengan Rihanna.
Tatu merupakan seni dan benda wajib yang penting bagi golongan barat. Dengan koleksi tatu di setiap badan, melambangkan kesenian yang utuh dan peristiwa yang dialami.
Bukti persamaan mereka ialah kedua-dua penyanyi ini mempunyai tatu burung yang sama pada kaki mereka dimana Ora mempunyai sayap dan Rihanna mempunyai senjata berbentuk helang.
Namun kedua-dua selebriti yang seksi ini mempunyai agenda tersendiri dalam menyerlahkan personaliti glamor tatkala berada diluar.
Pergaulan mesra, sikap keterbukaan dan personaliti yang menarik juga membolehkan mereka mudah untuk mendapat pasangan dan perhatian .
Berperwatakan gadis liar dengan sehelai benang seksi menutupi tubuh, kuku panjang berwarna warni dan suara yang memukau tatkala dalam senario muzik membuktikan mereka mempunyai trend tersendiri untuk menonjolkan kelainan masing-masing.
Antara foto-foto lain :