Pada zaman sekarang, rata-rata pasangan berkahwin dan mempunyai anak kecil pastinya akan menghantar cahaya mata kesayangan mereka ke rumah pengasuh ataupun taska untuk dijaga ketika mereka keluar bekerja. Justeru, tinggilah harapan para ibu bapa ini agar anak mereka diasuh dengan baik dan rapi sentiasa.
Namun lain pula cerita yang dikongsikan pengguna Facebook Wan Nurul Awanis ini apabila anaknya diperlakukan ‘sesuka hati’ oleh pengasuh tanpa mempedulikan pandangannya sebagai ibu kandung sehingga membuatkan hatinya ‘bengang’.
Anak aku jadi mangsa
Mmg c****a lah orang yang potong rambut anak aku macam ini. Punya sakit hati dengan aku, anak aku jadi mangsa. Jaga anak orang tapi tak ikhlas.
Balik kerja pukul 5, nak kena ambil anak pukul 5 tepat. This is **** bana.
Potong rambut tak minta izin
Menerusi perkongsian itu, wanita tersebut dipercayai meluahkan rasa marah terhadap pengasuh anaknya apabila sesuka hati memotong rambut kanak-kanak itu tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Namun ketika ditanya sebab pengasuh itu berbuat demikian, alasannya hanyalah kerana rimas melihat keadaan rambut kanak-kanak itu yang tidak diikat dengan rapi.
Rimas tengok
Dari perbualan yang dikongsikan wanita itu juga, pengasuh itu malah berkata ia membuang masanya untuk mengikat rambut kanak-kanak itu supaya kelihatan kemas.
Tak reti jaga anak
Malah ‘pertengkaran’ di antara dua individu itu tidak terhenti begitu sahaja apabila wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak tersebut dituduh pula sebagai penipu yang membuatkan dirinya lebih geram dan marah.
Komen netizen
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut turut meluahkan pandangan peribadi mereka terhadap perkara itu. Malah ada juga yang merasakan pengasuh terbabit memang tidak sepatutnya berbuat demikian lebih-lebih lagi tanpa keizinan ibu bapa kepada kanak-kanak itu.
Sumber: Facebook Wan Nurul Awanis