Foto: Harian Metro
Madu pelakon Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib belum lagi sempat beraya bersama anak keempat yang diambil tanpa pengetahuan sebelum ini, kini terpaksa pula kehilangan anak bongsunya.
Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Dakwa Bagi RM20,000 Sebulan, Mengaku Dah Lama Tak Beri Nafkah Batin Kepada Isteri Pertama
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nak Gila Glamor, Satu Hari Korang Akan Tahu Kebenaran’ – Miera Leyana
Artikel Berkaitan: ‘Kami Sudah 28 Tahun Berkahwin, Saya Tidak Setuju Bercerai’ – Madu Miera Liyana
Anak diambil di sekolah
Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian Adibah panik setelah hampir dua jam menunggu di hadapan sekolah anak kelimanya itu tetapi masih tidak munculkan diri.
Adibah mendakwa, pada Rabu lalu suaminya Rosland Othman yang mengambil anak mereka, Nurin Tasnim selepas aktiviti kokurikulum di sekolah.
Namun gerak hati saya seakan dapat meneka suami yang mengambilnya.
Saya menyuruh seorang lagi anak menghubungi Rosland untuk kepastian dan dia mengaku mengambil Tasnim.
Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah sesekali menghalang Rosland untuk berjumpa dengan anak-anak. Namun kali ini dia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan suami yang membelakanginya.
Sebagai ibu pastinya saya berasa sangat kecewa kerana dia mengambil tanpa memaklumkan terlebih dulu.
Jika dimaklumkan sekurang-kurangnya terubat rasa kekecewaan itu. Saya bukan mahu dihormati tetapi hargailah saya sebagai ibu kepada anak kami.
Sementara itu, Adibah mendedahkan bahawa dia hanya dapat meluangkan masa sehari sahaja bersama anak keempatnya, Nur Anisa iaitu pada minggu pertama Ramadan, sejak anaknya itu diambil pada Februari lalu.
Walau bagaimanapun, wanita berusia 50 tahun itu tetap mahu mempertahankan rumah tangga dan akan memperjuangkan haknya.
Kalau boleh saya tidak mahu berpisah, apa pun saya serahkan kes ini kepada mahkamah.
Pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa untuk prosiding berbicaraan kes nusyuz. Rosland memaklumkan bahawa dia tidak pernah mengabaikan nafkah isteri pertama dan anak-anak.
Terdahulu, Rosland memfailkan perceraian terhadap Adibah, mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, isteri pertamanya menolak permohonan cerai tersebut dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod, Rosland dan Adibah berkahwin pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima anak yang kini berusia 11 hingga 26 tahun. Rosland kemudian mendirikan rumah tangga dengan Miera Leyana pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak.
Sumber: Harian Metro