Suami pelakon Miera Liyana, Rosland Othman menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengabaikan nafkah terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib dan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Madu Miera Liyana Enggan Bercerai, Rayu Suami Pulang Untuk Berbincang
Artikel Berkaitan: ‘Kami Sudah 28 Tahun Berkahwin, Saya Tidak Setuju Bercerai’ – Madu Miera Liyana
Nafkah lengkap diberi?
Memetik laporan Harian Metro, Rosland, 50, berkata dia masih menjalankan tanggungjawab meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik itu mendakwa memberi nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.
Sehingga semalam pesanan membeli barang dapur saya tunaikan. InsyaAllah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi, tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.
Saya boleh tunjukkan apa bayaran dia dapat, saya ada beri tunai tidak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan sekolah anak. Tapi masih mengatakan saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak keluar kenyataan di media, saya suka simpan fakta ini di mahkamah.
Secara keseluruhan jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset dan bisnes (perniagaan) tidak menentu, saya beri (nafkah) tapi masih ada tohmahan tidak berasas.
Rosland berkata demikian apabila ditanya peguamnya, Nurul Balqis Nordin semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Plaintif iaitu Rosland memfailkan nusyuz terhadap Adibah Abdul Mutalib, 50, selepas dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.
Tak bagi nafkah batin
Dalam prosiding itu, Rosland memberitahu pulang awal ke rumah pada jam 6.30 petang hari kejadian, untuk membawa anak mereka keluar namun Adibah tiada di rumah.
Dakwa Rosland, dia sudah beberapa kali berpesan kepada Adibah supaya tidak keluar rumah sebelum dia sampai tetapi diingkari menyebabkan nombor telefon isteri pertama disekat sehingga kini.
Rosland juga mengakui dia tidak lagi memberikan nafkah batin kerana mereka sudah tidak ada persefahaman.
Seperti saya katakan tadi, saya dan defendan sedang melalui kes nusyuz kerana dia tidak lagi mengendahkan kata-kata saya sebagai suami.
Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu daripada segi nafkah batin tidak dapat saya tunaikan. Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi bagaimana untuk teruskan, adalah agak sukar.
Dalam prosiding sama, ibu mentua Rosland yang juga ibu Miera Liyana, Aisah Abdullah turut memberi keterangan saksi.
Perbicaraan kes bersambung pada 8, 14 dan 22 Jun depan dengan Adibah akan mengemukakan tiga saksi perbicaraan.
Sumber: Harian Metro