Pelakon Nur Risteena memberitahu masih terkesan dengan kemalangan jalan raya yang berlaku pada 2019.
Artikel berkaitan: ‘Walaupun Dah Delete, Semua Bukti Berunsur Fitnah, Lucah & Maki Akan Di ‘Screenshot’ Oleh Pihak Peguam’ – Risteena
Artikel berkaitan: Kakak Ruhainies, Risteena Kongsi Detik Cemas Keluarga Terlibat Kemalangan
Rasa ‘anxiety’ bila memandu
Menerusi hantaran di Instagram Story, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim berkata, selepas kemalangan, dia tidak boleh memandu seperti biasa.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies ini meminta tips atau petua untuk mengatasi masalah tersebut.
Saya seorang pemandu yang bagus tapi saya rasa anxiety bila memandu sekarang.
Rasa menggigil dan rasa tak selamat. Lepas kemalangan 2019, terus rasa dah tak boleh memandu macam dulu. Ada tips tak?
Terdahulu, Risteena terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya bersama keluarganya di mana sebuah kereta muncul secara tiba-tiba dari arah hadapan sehingga menyebabkan adiknya (pemandu) tidak sempat menekan brek.
Meskipun tidak berlaku kecederaan serius namun pergelangan ibunya patah dan perlu menjalani pembedahan.
Sumber: Instagram