berita

Rita Nadira ‘Single’, Akui Sudah Tiada Hubungan Dengan Ezzrin Loy

July 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, kelihatan kerap adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy membawa seorang gadis cantik bersama ke mana-mana acara perkahwinan. Mereka juga kelihatan mesra bersama dan gadis yang dimaksudkan itu ialah Rita Nadira. Gadis berusia 23 tahun ini merupakan seorang model dan baru berjinak dalam dunia lakonan.

Hubungan percintaan mereka selama ini tidak didedahkan atau dikongsi di platform media sosial. Terbaru, menerusi laporan Media Hiburan, Rita Nadira mengakui sudah tiada apa-apa hubungan dengan Ezzrin Loy.

Terlerai cara baik

Rita Nadira mengesahkan mengenai hubungan percintaan bersama Ezzrin Loy sudah terlerai. Bagaimanapun, kini dia lebih selesa untuk fokus kepada kerjaya. Bagaimanapun, model itu mengakui masih berbaik-baik dengan Ezzrin Loy dan tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka.

Saya kini solo sejak tahun lalu. Kami berdua ambil keputusan untuk memberi fokus kepada kerjaya masing-masing. Saya dan Ezzrin masih menjalin hubungan baik.

Masih berkawan

Tambah Rita Nadira lagi, ibu kepada Ezzrin juga merupakan pengurus kepada kedua-dua mereka. Jadi, tidak ada masalah untuk mereka terus berkawan seperti biasa.

Ibunya merupakan pengurus saya, dan kami masih berkawan, tak ada gaduh-gaduh pun. Dia fokus kerja, saya pun fokus kerja. Kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada karier.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×