Pelakon Rita Rudaini hadir ke malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 dengan ditemani dua puteranya iaitu Airit Ryyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini Terima Anugerah Ibu Ikon, Netizen Bangga & Ucap Tahniah – ‘Selayaknya Menjadi Inspirasi’
‘Mereka berdua sedia menemani saya’
Ketika ditemui OhBulan!, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata ini kali pertama kedua anak bujangnya itu menemaninya ke acara berprestij.
Saya ajak mereka ikut dan mereka berdua sedia menemani saya.
Sementara itu, Airit, 15, mengharapkan kemenangan buat ibu tercinta mereka yang tercalon dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.
Saya harap mummy dapat anugerah malam ini.
Sementara itu, Arjuna turut berharap ibunya berjaya merangkul anugerah pada malam ini kerana menyifatkan Rita sebagai yang terbaik.
Saya harap mummy menang sebab mummy ‘the best’, memang saya yang tawarkan diri untuk teman mummy malam ini.
Sekadar info, Rita turut berentap dengan empat lagi calon finalis iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Puteri Sarah Liyana dan Bella Hanna.