berita

Rita Rudaini Kecewa Aidil Zafuan Terus Mungkir Janji

August 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

image

Korang semua tau tak Aidil Zafuan dan isterinya zarema bakal menimang cahaya mata tak lama lagi? Kalau terlepas, baca kat sini. Hehe.

Artikel Berkaitan : Aidil Zafuan & Zarema Bakal Timang Cahaya Mata. Tahniah!

Namun, disebalik kegembiraan menyambut orang baru, kami harap Aidil tak lupa kepada anak-anaknya bersama bekas isterinya, Rita Rudaini.

Bukan apa, kami dengar anak pertama Rita, Rayyan sampai marah bila Rita bercakap mengenai ayahnya. Pastinya ada sebab mengapa Rayyan marah kan?

Rita-Rudaini-Anak

Menurut laporan Sinar Harian, Rita khabarnya masih kecewa dengan sikap Aidil yang sering mungkir janji hingga dia sendiri merasa seperti menipu anak-anak setiap kali bapa mereka muncul.

Kadang-kala saya terasa seperti menipu anak-anak setiap kali dia muncul dan mahu berjumpa dengan anak-anak, saya akan pujuk mereka untuk berjumpa ayahnya.

Bayangkan perasaan anak-anak saya apabila dia muncul dan hilang begitu sahaja. Apatah lagi Rayyan sudah mula memahami dan mengenal ayahnya.

Rayyan memang cepat sensitif dan marah bila saya bercakap mengenai ayahnya atau tunjuk gambar kami kepada Rayyan. Jadi saya tak nak paksa emosi dia.

Macam Arjuna, dia memang tidak faham apa-apa, kadang kala ada juga dia bertanya, ‘mana daddy?’. Tapi saya terpaksa menipu dengan mengatakan ayahnya sibuk.

Screen Shot 2014-08-18 at 1.04.53 PM

Tetapi, bagi Rita, dia tiada masalah jika satu hari nanti anak-anaknya itu terbaca mengenai kisah ibu bapa mereka kerana Rita menganggap apa yang penting adalah didikan dan cara mengajar anak-anak untuk menerima semua yang telah terjadi.

Sebenarnya apa yang penting adalah didikan yang diterapkan kepada anak-anak. Biarpun sudah berpisah, macam saya kata tadi, saya tunjuk gambar-gambar lama saya dan Aidil, atau muka depan majalah dan akhbar yang memaparkan wajah kami.

Tapi macam Rayyan dia tak mahu lihat. Jadi saya tak paksa dia. Tapi ada masa, saya akan ingatkan dia mengenai Aidil agar dia tidak lupa ayahnya.

Iyalah, kami faham dengan perasaan Rayyan. Mana taknya, sebagai seorang anak, sudah tentulah perhatian dari ibu bapa yang diperlukan.

Lagi-lagi kalau melihat rakan lain bersama ayah dan ibu mereka, pasti dia akan lebih terasa bila jarang berjumpa bapanya. Betul tak?

Kami bukanlah nak sokong sesiapa, tetapi jika benar apa yang Rita kata, kami harap Aidil akan berubah dan memberikan lebih masa untuk anak-anaknya.

Kredit Foto : Instagram Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×