berita

Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Manis Tunai Umrah Dengan 2 Hero, ‘Bergasak’ Sebelum Dapat Cium Hajarul Aswad

January 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tidak dinafikan, mengerjakan ibadah Umrah bersama insan tersayang merupakan suatu kenangan yang terindah. Mana tidaknya, selain mendekatkan diri dengan sang pencipta, hubungan kasih sayang antara satu sama lain dapat dieratkan lagi.

Di Instagram pelakon Rita Rudaini, berkongsi pengalaman terindah ketika membawa dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna untuk menunaikan Umrah. Menurutnya, dia bersyukur dapat membawa kedua-dua anaknya itu dan berharap suatu hari nanti mereka mampu memimpin tangannya pula mengelilingi Kaabah.

Pengalaman yang tidak akan dilupakan

https://www.instagram.com/p/B61_A9LpitK/

Menurut Rita, dia sangat bersyukur dikurniakan dua cahaya mata seperti Ryan dan Arjuna. Mereka berdua ibarat sayap kiri dan kanannya. Tambahnya, kedua-dua anaknya sangat seronok mengerjakan Umrah, walaupun mereka ditolak, dihimpit dan kena pijak sewaktu hendak mengelilingi Kaabah. Jika diberikan peluang, Rita berharap suatu hari nanti anaknya pula akan memimpin tangannya ketika mengerjakan Umrah.

Pada masa yang sama, Rita berharap kerajaan Arab membuat jadual waktu bagi para jemaah lelaki dan perempuan  untuk mencium Hajarul Aswad dan solat di Raudhah. Ini kerana, jemaah lelaki lebih ramai berbanding dengan perempuan.

Tidak lupa jaga amanah Allah

Sumber: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×