berita

Rita Rudaini Mahu Anak-Anak Jadi Hafiz

November 26th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-11-26 at 10.47.49

Siapa tak bangga jadi seorang ibu yang bersusah-payah dan bersuka-duka membesarkan anak-anak seorang diri sampai menjadi orang yang berguna, betul tak?

Biarlah macam mana hebat pun kontroversi yang melanda pelakon jelita ini, tapi kami tetap kagum dengan kesungguhan dan ketabahannya menguruskan makan pakai dan mendidik dua orang anak lelaki seorang diri tanpa suami.

Kami bukan apa, terpanggil untuk menulis tentang Rita kerana malam tadi bekas isteri Aidil Zafuan ini berkongsi momen sewaktu anak-anaknya sedang mengaji.

Screen Shot 2014-11-26 at 10.41.00

Menerusi gambar tersebut, Rita turut menulis caption yang boleh menaikkan semangat ibu-ibu tunggal untuk terus survive demi anak. Bukan setakat hatinya sayu melihat anak-anak suka mengaji, tapi Rita juga berharap agar Rayyan dan Arjuna boleh memimpin tangannya ke syurga.

Screen Shot 2014-11-26 at 10.40.38

Sebaik membaca apa yang ditulis Rita, ramailah pengikutnya di laman sosial membela dan menyokong si cantik manis ini. Tapi ada juga yang memberi nasihat ikhlas supaya Rita juga turut berubah ke arah lebih baik.

FotorCreated

Tak cukup dengan tu, ada juga yang sengaja menyebut-nyebut tentang kebahagiaan Aidil dan isterinya yang sedang bercuti di Bali sekarang ini untuk pengetahuan Rita. Kami tak pasti apa motif, tapi macam kelakar pun ada. Mungkin individu berkenaan cuma mahu Rita terus teguh dengan pendiriannya.

Apapun, kami harap semoga anak-anak Rita dapat dididik sebaik mungkin sebab dari kecil ni pun kami dapat lihat kedua-duanya sama bijak dan bertanggungjawab.

Gudnite… #mylittleheaven #mytrueheaven #ryanarjunarudaini

A video posted by rita rudaini (@ritrud727) on

SKIP THIS AD ×