berita

Rita Rudaini Syukur Dapat Solat Jemaah Subuh Di Masjid, Rasa Janggal Kena Jarak

December 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon hebat, Rita Rudaini sering kali menjadi bualan ‘hangat’ netizen susulan dia lantang memberikan pendapat mengenai vaksin.

Bagaimanapun, pelakon yang sinonim dengan filem Mami Jarum menafikan dirinya anti vaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya, menggelarkan dirinya prosafe.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pesan Dr. Rafidah Jangan Suka-Suka Hati Panggil Orang Antivaksin

Artikel Berkaitan: ‘Nak Vaksin, Vaksinlah…Kenapa Nak Ada Paksaan’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: Buat Video Keburukan Produk Kurus, Kazim Elias Tegur Dr Rafidah – ‘Tolong Berhati-Hati Dalam Menulis & Content’

‘Memang rasa lain…’

Terbaru, menerusi perkongsian Instastory Rita meluahkan rasa syukur berikutan dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Namun, perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan membuatkan dia berasa sedikit ‘janggal’ berikutan setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Pagi ini saya dapat solat Subuh jemaah di masjid. Alhamdulillah, tapi rasa lain bila kena solat jarak. Memang rasa lain.

Terdahulu, nama Rita pernah menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar Instastory sedang merebus bunga cengkih.

Instastory penuh:

 

Sumber: Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×