“I’m not guilty and I’ll fight for it! Moga Allah lindungi kami yang dianiaya. Jangan menipu, Allah ada,” demikian luahan hati Rita Rudaini berikutan krisis rumahtangga beliau bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan di Twitter, semalam.
Menurut beliau, dia tak suka melihat nasib-nasib para isteri yang melalui situasi ini ditindas dan akan berjuang bagi menuntut hak sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya sabar and fight untuk hak wanita dan anak-anak, itu saja. Saya tak suka tengok para isteri ditindas sesuka hati. Allah lebih tahu,” ujarnya.
Pelakon ini turut berkata sekiranya para suami menjadikan Rasullah sebagai tauladan, sudah semestinya tiada masalah keluarga yang akan berlaku.
“Kalau nak isteri jadi macam siti khadijah, sang suami kena contohi sifat Rasulullah dalam menjaga isteri,” katanya sambil tersenyum.
Dia juga menyeru supaya semua pihak menghentikan sebarang spekulasi sekiranya tidak mempunyai kepastian mengenai krisis yang berlaku dalam rumahtangganya.
“Please ya, pada segelintir yang ada kat twitter ni, tak payah nak seronok atas kesengsaraan org. Tak payah nak tweet perkara yang akan menambahkan kedukaan orang lain. Belum kena pada diri sendiri, belum tahu,” respon Rita kepada beberapa provokasi yang dilontarkan oleh pengikutnya.