berita

Rita Rudaini Tegur Pelakon Baru ‘Sombong’ Tak Nak Belajar, Banyak Main Telefon Di Set

March 25th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru viral apabila Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan pelakon baru tiada bakat selepas Izara Aishah mempersoalkan lambakan pelakon baru dari kalangan selebriti media sosial.

Artikel Berkaitan :Isu Instafamous Jadi Pelakon, Rita Rudaini Akui Drama Sekarang Jual Muka, Bukan Bakat

Terbaru, dia menafikan kenyataan itu berbaur iri hati atau menjatuhkan mana-mana pihak, namun lebih kepada nasihat seorang pelakon senior kepada pelakon baru bagi memperbaiki mutu lakonan mereka.

Kita hormat orang lama

Menurut pelakon senior itu, teguran itu sebagai peringatan kepada mereka dari aspek positif dan seterusnya berusaha memperbaiki kekurangan itu supaya memudahkan banyak pihak. Malah, dia menyokong kehadiran pelakon baru sebagai pelapis.

Kerja lakonan ini bukan membabitkan seorang, tapi berpasukan. Jadi, teguran diberikan itu adalah untuk kebaikan, bukan sebab dengki atau apa-apa pun. Orang yang tak ada di set penggambaran tak nampak apa sebenarnya terjadi. Kami yang bekerja di lokasi yang menanggung semua itu. Bukan saya seorang saja cakap macam ini.

Tambahnya lagi, dia bukanlah hebat pada awal penglibatan dari dunia lakonan namun dia banyak belajar daripada senior senior terdahulu.

Saya dulu pun, mula-mula masuk ke penggambaran memang ‘kayu’ juga. Tapi, bezanya kita hormat dengan yang lama. Bila masuk ke set, memang kita rasa kecil dan rela pergi belajar dengan sendirinya.

Walaupun di situ bukan tempat belajar, tapi bila tak tahu kita akan tanya pengarah atau pelakon lain untuk minta pandangan. Tapi, pelakon sekarang tak semua macam itu. Ada yang duduk dalam kereta, main telefon.

Situasi sekarang lain macam dulu

Rita turut menafikan dakwaan kononnya  pelakon senior bersikap lokek ilmu kerana mereka lebih suka berkongsi kerana memudahkan mereka bersama dalam lakonan.

Masa zaman saya mula-mula dulu, kalau berlakon sesuatu watak sama ada boleh atau tidak, tetap akan cakap dengan pengarah untuk berbincang. Malah, selalu juga bertanya dengan pelakon senior.

Sekarang, situasinya dah tak macam itu lagi. Ada pelakon baru yang tak nak bertegur sapa, apa lagi nak bertanya pasal watak dan berbincang dengan pelakon lain.

Dalam pada itu, Rita turut melahirkan rasa terkilan apabila tegurannya dirasakan seolah-olah iri hati kerana dia juga pernah menerima teguran sebelum ini sehinggakan dia merasakan malu sepanjang hari dengan semua orang kerana tidak dapat berlakon dengan baik. Dia juga akan salahkan diri sendiri kenapa tak boleh buat dengan baik seperti pelakon lain.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×