Meskipun sudah memilih jalan untuk berdamai dan kembali hidup bersama, kisah rumah tangga pelakon, Rizky Billar dan isterinya, Lesti Kejora masih menjadi perbualan ramai.
Mana taknya, baru-baru ini Rizky membuat pengakuan berhubung isu membaling bola snuker ke arah isterinya ketika pergaduhan tahun lalu.
Artikel berkaitan: Tular Rakaman CCTV Rizky Billar Baling Bola Snuker Ke Arah Lesti Kejora Waktu Hamil?
Artikel berkaitan: Mohon Netizen Cakap Pakai Otak, Rizky Billar Nafi Tumpang Kekayaan Isteri
Artikel berkaitan: Tak Tahan Anak Diperlekeh, Bapa Nafi Rizky Billar Muflis – ‘Dia Ada Lamborghini & Ferrari’
Artikel berkaitan: Hubungan Semakin Baik, Lesti Kejora Hamil Anak Kedua?
Artikel berkaitan: Dituduh Bercinta Dengan Kaum Sejenis & Jadi Gigolo, Rizky Billar Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang
Tiada niat
Menerusi temu bual bersama Denny Sumargo, Rizky memberitahu dia tidak mempunyai niat untuk mencederakan isterinya pada waktu itu. Tambahnya, bola snuker yang dibaling itu tersasar ke arah lain dan tidak terkena Lesti.
Kejadian itu memang berlaku, tetapi dakwaan saya melemparkan bola snuker ke arah Lesti itu tidak benar. Pada masa itu saya sangat marah dan hanya mahu menggertak isteri saya. Bola itu dilemparkan ke arah lain. Saya tiada niat nak mencederakan dia. Dia ibu kepada anak saya.
Tambah Rizky, dia sedar perbuatan yang dilakukan itu adalah salah. Sebagai manusia biasa, Rizky berharap dia tidak akan mengulangi perbuatan yang sama sebaliknya, lebih mencintai isterinya.
Secara jujur, ada sebab kenapa kejadian itu berlaku. Saya terlalu emosi. Tetapi saya tidak menafikan perbuatan yang dilakukan itu adalah salah. Semoga ianya menjadi pengajaran buat diri saya.
Video
Sumber: Denny Sumargo