Sebelum ini, pelakon, Rizky Billar, 27, mengakui perniagaannya terjejas dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak 400 juta rupiah (RM121,743) selepas skandal rumah tangganya viral di media sosial.
Artikel berkaitan: Rizky Billar Rugi Besar Dalam Perniagaan, Ahli Keluarga Alami Tekanan Mental
Artikel Berkaitan: Tiada Peluang Kedua, Bapa Mahu Lesti Kejora Cerai Dengan Rizky Billar
Artikel Berkaitan: Rizky Billar Sudah Lafaz Cerai Talak Satu Pada Lesti Kejora
Artikel Berkaitan: Polis Dedah Lesti Kejora Pernah Dibaling Bola Snuker
Terbaru, bapa kepada Rizky iaitu Daniel Eddy menafikan dakwaan anak lelakinya itu sudah muflis.
Banyak kereta mewah dan simpanan
Menurut Daniel, anaknya memiliki banyak kereta mewah di rumah dan mempunyai wang simpanan untuk masa hadapan. Oleh itu, Daniel menafikan dakwaan di mana Rizky sudah bankrap selepas krisis rumah tangganya. Menurut abang kepada Rizky iaitu Bobby Rahman, mereka sekeluarga tidak berniat untuk sombong dan menunjuk kekayaan Rizki kepada netizen.
Bukan kita sombong ya, tapi kita mahu klarifikasi bahawasannya kereta Rizky bukan kereta pinjam. Jangan fitnah Rizky dia memang ada Lamborghini dan Ferrari.
Ujar Rizky, ayahnya tidak dapat menerima fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Lebih-lebih lagi, isu kemewahan yang dimiliki itu dikaitkan dengan hasil pendapatan Lesti.
Itu papa saya. Mungkin papa tidak dapat menerima anaknya difitnah. Ada juga yang kata barang-barang yang saya ada dibayar oleh isteri.
Sumber: Hot Detik.com