Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian meluahkan kebimbangan apabila sudah lama tidak menerima tawaran menyanyi.
Artikel Berkaitan: Mahalini Kelihatan Cantik Berhijab Ketika Tunai Umrah, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Kekal Istiqamah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rizky Febian Lemah Lembut Bimbing Mahalini Baca Al-Fatihah Buat Netizen Terharu – ‘Slow-Slow Belajar’
‘Job’ Rizky semakin berkurang
Rizky atau nam lengkapnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 27, akui rungsing setiap kali memikirkan soal wang lebih-lebih lagi apabila isterinya, Mahalini bakal melahirkan anak pertama mereka tidak lama lagi. Pelantun lagu Kata itu juga berkata keadaan tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu kewangannya.
Rizky berkongsi perkara tersebut kepada bapanya yang juga pelawak Sule.
Rizky pernah berkongsi dengan saya bahawa dia kini kurang menerima tawaran menyanyi dan keadaan itu menjejaskan kewangannya.
Dia risau tentang masa depan bila ada cahaya mata nanti. Saya cuma menasihatinya agar tidak terlalu bimbang dan menghadapi semuanya dengan tenang.
Dalam pada itu, Sule sempat menasihati anak sulungnya itu agar menerima dengan hati terbuka kerana itu adalah ujian dan dugaan yang telah ditetapkan Allah SWT buat hambaNya.
Pada awal Januari, Mahalini, atau nama penuhnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, mengumumkan bahawa dia kini hamil dan memutuskan untuk berehat seketika daripada dunia muzik.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian telah melangsungkan perkahwinan pada 5 Mei 2024.
Namun, pasangan ini diarahkan untuk melakukan akad nikah sekali lagi iaitu pada 27 Disember lalu setelah mendapati pernikahan mereka sebelum ini tidak memenuhi rukun nikah.
Sumber: Okezone