Kira-kira lebih 4,000 peminat yang hadir menonton Konsert An Album Live Concert: Berona Day selama hampir dua jam yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang, pada malam Jumaat.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Sekali Lagi Adakan Konsert Di Malaysia, Kali Ini Bawa Berona Buat Peminat
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Pilih Untuk Tidak Bercakap Tentang Agama Mahalini Kerana Anggap Ia Isu Sensitif – ‘Doakan Sahaja Yang Terbaik’
Berkat daripada peminat
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian atau nama sebenarnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, menggegarkan pentas dengan menghidangkan sebanyak 18 buah lagu kesemuanya, diantaranya Berona, Luka, Kesempurnaan Cinta, Indah Pada Waktunya, Ego, Seperti Kisah, Selaras Kata, Ragu, Terpesona, Membisu serta lagu-lagu hits Rizky yang terdahulu.
Konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album kedua Rizky berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini.
Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.
Dalam konsert tersebut, penyanyi yang berumur 25 tahun itu telah membuktikan dia mempunyai ramai peminat dan dia memberitahu bahawa berdirinya di sini hasil berkat sokongan yang diterima.
Berkat daripada sokongan peminat, yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat untuk saya terus kehadapan.
Berona Day juga turut menampilkan Irfan Haris sebagai penyanyi jemputan yang membawakan lagu Luka bersama-sama Rizky.