Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian memilih untuk tidak membicarakan tentang agama bakal isterinya yang juga merupakan penyanyi, Mahalini kerana menganggap ia merupakan perkara yang sensitif.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Ditendang’ – Bekas Kekasih Mahalini Pukul & Curang 4 Kali
Artikel Berkaitan: Rizky Febian & Mahalini Bertunang, Dapat Restu Keluarga
‘Doakan yang terbaik’
Ketika ditemui OhBulan!, Rizky atau nama sebenarnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25, berkata dia berharap agar para peminatnya mendoakan agar segala urusan berkaitan dengan perkahwinannya dipermudahkan.
Kami sudah berbincang tentang hal ini tapi apa yang saya minta dari kalian adalah doakan yang terbaik agar segalanya berjalan dengan lancar.
Saya lebih memilih untuk tidak berkata mengenai perkara tersebut kerana pada saya ia merupakan satu isu yang sensitif.
Rizky berkongsi perkara tersebut pada sidang media Konsert Berona Day yang diadakan di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu mendedahkan bahawa dia seorang yang tidak suka memaksa namun sering menunjukkan contoh yang terbaik dalam perihal berkaitan agama kepada Mahalini.
Secara peribadinya saya bukanlah seorang yang suka memaksa kerana perkara seperti ini tidak boleh dipaksa sebaliknya perlu hadir melalui kerelaan hati nurani seseorang itu.
Tetapi boleh saya katakan saya banyak menjadi contoh serta menjelaskan apa yang boleh saya lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan kepada Mahalini.
Syukur penerimaan dua keluarga
Sementara itu, Rizky meluahkan rasa syukurnya kerana penerimaan kedua belah keluarga terhadap hubungannya dengan Mahalini sangat positif.
Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana keluarga kami saling menerima antara satu sama lain. Jadi doakan yang terbaik buat kami.
Sekadar info, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan mereka pada 7 Mei yang lalu.
Mereka dijangka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan.