Sunway The Good Run menarik penyertaan lebih daripada 7,000 rakyat Malaysia untuk menyertai acara larian di atas laluan bertingkat Bas Rapid Transit (BRT) – Laluan Sunway dan di sekitar Bandar Sunway, Kuala Lumpur sambil mempromosi kesedaran pencegahan kanser melalui gaya hidup sihat.
Artikel Berkaitan: Korang Runner Hebat Atau Nak Beriadah Bersama Keluarga? Boleh Join Sunway The Good Run 2019!
Program ini berjaya menghimpunkan seramai 7,000 peserta dan mengumpulkan kira-kira RM275,000 untuk menampung kos rawatan perubatan pesakit penghidap kanser dari golongan B40 menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Media Prima-NSTP Humanitarian Fund).
Yang menariknya, Sunway The Good Run ini juga menekankan aspek amalan eko-lestari dengan kempen #sayno2plastic. Jadi, para peserta dilihat membawa botol sendiri untuk mengisi air di stesen air yang disediakan. Bukan itu sahaja, peserta larian berlari dengan kemeja-T Dri-FIT yang diperbuat daripada polietilena tereftalat, atau PET dikitar semula (RPET).Tiada cawan kertas dan plastik sekali guna disediakan sepanjang acara larian.
Acara sebesar ini lazimnya membabitkan penggunaan sehingga 80,000 botol plastik dan cawan kertas. Menurut Pusat Kebangsaan untuk Analisis Ekologi dan Sintesis (NCEAS), sebanyak 8 juta tan metrik cawan plastik dilupuskan ke dalam lautan kita setiap hari. Dengan tidak membekalkan botol plastik dan cawan kertas, Sunway The Good Run telah membantu mengurangkan bahan buangan seberat 8,000 kg atau 8 tan.
Jadi, secara tidak langsung, satu acara membawa kepada banyak impak positif kepada masyarakat! Tahniah!