Pelakon Lufya Omar tampil menjelaskan mengenai tuntutan Mut’ah terhadap bekas suami, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang berjumlah RM1 juta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mut’ah RM1 Juta
Harga pengorbanan
Kredit Foto: Utusan
Memetik laporan Utusan, Lufya berkata tuntutan RM1 juta adalah harga pengorbanan yang perlu dibayar sepanjang empat tahun mereka menjalani bahtera perkahwinan.
Kata aktres berumur 38 tahun, tuntutan itu dapat membantu dia meneruskan kehidupan bersama anak perempuan, Laana Haura memandangkan kos sara hidup makin hari makin tinggi.
Tuntutan Mut’ah itu adalah berdasarkan kepada pengorbanan saya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan.
Dahulu, pendapatan saya kukuh. Selepas berkahwin, saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik ia memerlukan masa yang agak panjang. Jadi saya perlu merancang untuk kehidupan kami.
Menjawab kenapa selepas tiga tahun bercerai, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar menyatakan dia memerlukan masa untuk persediaan mental dan fizikal.
Dalam masa sama, Lufya juga perlu menjaga anak tunggalnya bersendirian dan itu bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk seorang ibu yang bekerjaya.
Penceraian kami pun mengambil masa agak panjang. Saya juga perlukan masa untuk buat persediaan mental dan fizikal.
Pada masa yang sama, saya juga perlu membesarkan anak. Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dahulunya seorang artis yang sangat aktif bekerja.
Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang. Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga.
Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu mendapatkan pembelaan. RM 1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan.
Sementara itu, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes.
Perbicaraan bagi sebutan semula kes akan diadakan pada 26 Julai.
Terdahulu, Lufya memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Che Hafiz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac yang lalu.
Sekadar info, Lufya dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 bagaimanapun bercerai pada 17 Jun 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Laana Haura, 5.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.