Tengah kecoh dengan kemenangan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada malam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), muncul pula dakwaan yang kononnya keputusan keseluruhan sudah diketahui awal.
Ini semua gara-gara sebuah blog yang memuat naik keputusan keseluruhan GV8 ketika pusingan ‘battle’ sedang berlangsung.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Juara GV8, Wang Tunai RM100,000 Jadi Milik
Artikel Berkaitan: ‘Dari Gegar Vaganza Musim 1 Hingga 8, Semua Lagu Peserta Yang Pilih’ – Tok Ram
Artikel Berkaitan: Netizen Panas Hati Aweera Dapat Tempat Keenam Dalam GV8, Tok Ram Kata Salah Pilih Lagu
Tak ada istilah bocor
Untuk mendapat kepastian, OhBulan! mendapatkan penjelasan daripada Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.
Menurut Raqim, dia mengetahui isu ini selepas menerima tangkapan skrin (screenshot) artikel blog tersebut. Tegas Raqim, dia sangat yakin tidak ada yang membocorkan keputusan kepada orang luar.
Saya tak rasa ada bocor (keputusan) tapi saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kami tahu keputusan dalam pukul 11.30 malam tapi dari screenshot yang saya terima artikel itu dikongsikan pada pukul 11.01 malam.
Dari pihak kami, saya sangat pasti tak ada yang membocorkan awal daripada masa sepatutnya. Tetapi, isu ini kami boleh siasat. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak sana.
Audit duduk bersama produksi
Dalam pada itu, kata Raqim lagi, individu terawal yang mendapat keputusan akhir GV8 adalah dirinya, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Markah semua dikira oleh audit yang duduk bersama dengan produksi di backstage. Yang tau dulu keseluruhan markah semestinya saya, Tok Ram dan semua juri. Jadi, tak mungkin keputusan malam ini (Ahad) bocor.
Malam GV8 telah menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz muncul juara program realiti itu mengalahkan lima peserta lain iaitu Nikki Palikat, Suki, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.
Aliff membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan Piala Gegar Vaganza.
Foto: Azrul Rafie