berita

RM5K Dah Habis – Mak Terlalu Taksub Dengan Bomoh, Gadis Ini Luah Rasa Bimbang

June 16th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

bomoh2.1

Dalam dunia serba moden ni, masih ada yang mudah percaya dan taksub pada benda syirik dan tahyul especially orang Melayu. Asal badan gatal-gatal je mesti cakap dah kena santaulah, kena buatan oranglah, hey macam-macam lagi! Bukannya perubatan alternatif atau tradisional ni tak bagus, tapi kalau dah sampai jatuh syirik, pergi tanam kat kubur dan sebagainya tu dah melampau sangat.

Sama jugak macam cerita yang kami nak share ni. Pasal gadis ni dan mak dia. Taksub sangat pada bomoh sampai kacau-bilau rumah tangga. Paling teruk, mak dia nak minta bomoh tu tengokkan bakal suami dia bagus ke tak. Gila taksub, geng!

Niat kerana Allah

bomoh 4

Assalamualaikum. Aku harap sangat admin post confession aku ni. Aku perlukan pandangan orang yang arif tentang ni. Sebenarnya, aku sedih sebab mak aku terlalu taksub dengan bomoh. Ya, bomoh.

Masalahnya mak aku ni asyik cakap niat kerana Allah. Konon nak ikhtiar.
Aku dah banyak kali nasihatkan dia tapi dia tetap dengan pendirian dia. Masalahnya macam ni, mak aku ada kenal dengan seorang makcik ni. Makcik ni kata dia boleh ubatkan orang. Makcik ni claim dia ada wali yang boleh sampaikan anything dekat dia.

So, makcik ni ada kebolehan untuk tahu or predict something. Apa2 dia akan tanya makcik tu sampaikan dia pernah cakap kalau aku nak kahwin nanti dia nak suruh makcik tu ‘tengok’ either bakal suami aku bagus ke tak. Ya Allah, tolonglah.

‘Memang percaya la apa mak cik tu cakap’

FACEBOOK

Baru-baru ni, makcik tu cakap ayah aku terkena sihir pengasih through FB. Dia cakap ada perempuan guna gambar ayah aku bawak pergi jumpa bomoh siam. Honestly, aku rasa ayah aku bukan curang sebab ayah aku akan suruh aku check semua updates dia or anything on FB. Bila aku check friend list ayah aku semua kawan dia aku kenal kecuali seorang perempuan ni. Ayah aku cakap perempuan tu yang add dia. Maknanya dia tak pernah berahsia dengan kami. Aku percayakan ayah aku.

Ikutkan makcik tu, dia cakap ayah aku approve perempuan tu sebab dia dah terkena. Mak aku tahu bila dia terbaca mesej ayah aku dengan perempuan tu. Tapi mesej tu mainly on business sebab perempuan tu nak jual produk apa tah. Lepas mesej tu perempuan tu ada send good morning, apa khabar bla2 tapi ayah aku tak reply.

Malam2 ayah aku layan hindustan layan jiwang padahal sebelum ni tak pernah macam tu. Bila aku stalk FB perempuan tu dia selalu update status pasal cinta dan ditujukan pada seorang lelaki ni. Perempuan tu janda. Apalagi, histeria la mak aku tak berhenti nangis. Mak aku terus tanya makcik tu. Dia memang percaya la apa makcik tu cakap.

Ajak mak pergi kubur

kubur

Aku personally ackowledge yang benda ghaib macam ni wujud tapi untuk terus accuse perempuan tu memang tak la sebab benda ni aku tak nampak dengan mata kasar. Possible ke untuk certain orang macam pengamal perubatan untuk tahu exactly siapa yang sihirkan kita? Aku ada terbaca dekat satu blog ni. Kadang2 itu trick syaitan nak laga-lagakan manusia.. hmm

Sebelum ni kalau berubat makcik tu akan bagi air yang katanya dah dibacakan ayat Quran. Makcik tu pun pesan la amalkan ayat Kursi semua. Baca Yasin niatkan untuk ayah aku semua. Tapi semalam aku dengar mak aku call makcik tu dan makcik tu cakap nak buat something yang akan matikan sihir tu terus so that perempuan tu takkan suka ayah aku lagi.

Sebelum ni rumah aku ada ular masuk. Mak ayah aku pun mimpi benda tak elok selalu. Hubungan diorang jadi dingin. Tapi sampai satu tahap aku dengar dia ajak mak aku pergi kubur katanya nak tanam something untuk matikan sihir yang perempuan tu hantar. Boleh pulak taknak sebab malu takut orang yang kenal dia nampak. So, makcik tu cakap makcik tu tolong buatkan. Aku tanya mak aku, kenapa sampai nak pergi kubur? Dia cakap ikhtiar. Niat mak sebab Allah… Lepas tu aku diam.. Aku dah taktau nak nasihat apa. Dia marah aku… Tapi, niat tak menghalalkan cara…

Takkan gatal badan pun sihir?

bomoh1

Lima ribu dah habis untuk ubatkan ayah aku. Ayah aku tahu yang mak aku ambil air tawar je. Ayah aku seorang yang ambik berat hal agama. Dia pun kaki masjid dan seorang ayah yang baik. Tapi, ayah tak tahu sampai lima ribu mak aku bagi makcik tu. Ayah aku pun tak percaya benda2 ni. Pasal tanah kubur ni aku tak cakap dekat ayah aku sebab aku takut diorang bergaduh besar. Sebab haritu ayah aku gatal badan mak aku boleh pergi call makcik tu. Cakap perempuan tu hantar. Memang marah la ayah aku takkan gatal badan pun sihir… Kalau betul ayah aku terkena, cara alternatif lain yang berlandaskan Islam kan ada… Kenapa sampai nak pergi kubur? Hmm

Mak aku solat semua tak tinggal. Selalu berzikir. Solat sunat dia buat tapi satu ni ja yang lacking. Aku takut kalau dia tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah. Dosa tu berat sangat… Aku banyak kali nasihat mak aku dari dulu sampai sekarang. Sampai menangis aku merayu dia tetap dengan pendirian dia. Aku rasa dia susah nak terima sebab makcik aku dulu terkena jugak sampai jadi gila sekarang. Lelaki yang suka makcik aku tu jumpa family mak aku dan mengaku yang dia sihirkan makcik aku sampai jadi gila sebab tolak cinta dia. Jadi, dia grow up dengan mentaliti macam ni.

Semakin hari mak semakin taksub

bomoh 3

(sekadar gambar hiasan)

Tolonglah aku, apa aku perlu buat? Aku selalu doa supaya Allah beri hidayah dan lembutkan hati mak aku. Wujud ke cara perubatan Islam yang gunakan tanah kubur? Aku yang tak sealim mana pun tak percaya. Mak aku bangun malam tahajud semua tapi dia still percaya benda ni.

Semakin hari mak aku semakin taksub… Apa2 dia akan call akak tu tanya pasal benda yang dia tak tahu. Sampaikan aku dengar dia cakap kalaulah saya suruh akak ‘tengok’ dulu either suami saya patut buat akaun FB ke tak kan tak jadi macam ni. Aku sayang mak aku. Aku taknak sebab satu benda kecil ni semua amalan mak aku tak diterima Tuhan… Aku perlukan pendapat korang… Tolong aku…

Sumber: IIUM Confession BM

SKIP THIS AD ×