Setiap kali tiba Anugerah Juara Lagu, rata-rata peminat setia akan meramal siapa yang akan bergelar juara. Ramai juga yang ternanti ramalan daripada selebriti terkenal Neelofa selepas berjaya meneka dengan tepat selama empat tahun.
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Rezeki, Bagi Susu Durian Percuma Dekat Orang Ramai – ‘Takda Limit Boleh Ambik Berapa Karton Pun’
Tahun ni pencen
Menerusi ciapan di Twitter, Neelofa, 33, memberitahu dia ‘bersara’ daripada membuat ramalan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menjawab pertanyaan pengikut yang ingin tahu mengenai juara AJL36.
Netizen kongsi ramalan sendiri
Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot turut bertanya soalan yang sama kepada peminatnya tentang jangkaan pemenang.
Rata-ratanya memberi jawapan mengikut tekaan masing-masing. Ada yang menyebut lagu Mimpi, Aewo, Sepi dan Pelukan Angkasa.
Terdahulu, pada edisi 31, ramalan Neelofa tepat apabila Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung) dinobatkan sebagai juara diikuti dengan Hael Husaini (Jampi) pada tahun 2018.
Kemudian, pada malamAJL33, tekaan Neelofa sekali tepat selepas lagu Haram nyanyian Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah diumum juara. Yang terakhir, ramalan Neelofa, Naim Daniel (Sumpah) bergelar juara menjadi kenyataan pada tahun 2020.
Sebanyak 12 lagu daripada genre muzik berbeza menerusi gabungan rentak akan bersaing pada esok malam.
Pemenang Juara Lagu akan membawa pulang RM100,000 dan trofi manakala naib juara RM50,000 serta trofi.
AJL36 bakal dihoskan Nabila Huda dan Alif Satar manakala Sissy Imann serta Sean Lee mengendalikan segmen karpet merah.
Sumber: Twitter @Neelofa